Ibarat dia nak kasitau camni,
“Wei, Aman Palestin spend RM30 juta, dapat RM100 juta ler!!”
“Korang takda akal ke? Duk buat fitnah apa?”
Lepas tu dia share posting peguam ISMA, aku pun bacalah. Tak jumpa apa pun. Korang try baca. Korang akan jumpa hujah falacy dan strawman argument je.
Berdekah-dekah aku tergelak baca hujah pengacara Siri Analisis ni dan peguam ISMA itu. Nampaknya otak dia dah tersepit. Almaklumlah, jadi duta Aman Palestin kan? Dapat pi Palestin free of charge!
Dia juga ada share posting seorang akauntan ISMA yang sanggup menghina kerjaya accountant dengan buat justifikasi macam orang bodoh demi membela Aman Palesti masih tak setelkan audit 2022. Korang ambil posting dia tu, tunjuk je dekat mana-mana accountant, pasti diorang gelakkan budak tu.
Just nak tanyalah, Finaz ni dulu sekolah ambil bidang apa? Sampai begitu dangkal cara dia ni berfikir. Kak, Grab ambil 20% daripada tambang rider pun, rider nak mengamuk la ni kak.
Grab uruskan platform, driver-rider beribu, server berjuta, staff beribu, jaga anak-anak syarikat. Itu pun tap 20% je. Pun orang ngamuk. Yang tap 30% kerja transit duit je. Lain level business ni.
Takkan akak percaya akauntan ISMA yang kata lewat audit sebab duit banyak sangat. Kak, Petronas tu multibilion company, anak syarikat melambak, ada yang public. Cawangan serata dunia. 31/12 close, by bulan 3 dah publish audit report.
Takkanlah audit Aman Palestin lagi susah? Biasanya susah ni sebab ada masalah. Nak buat macam-macam kungfu dalam akaun. Anyway, rasanya duta Aman Palestin ini jahil bab accounting juga.
Sebab kami guna akal lah, kami tanya. Kalau kami tak guna akal, kami taat je ajaran lebai-lebai pengutip sedekah ni. Aku nak ajar masyarakat supaya skeptikal untuk mewujudkan tranparensi.
Finaz Yunus OfficialPage, nanti kalau ada lebai ISMA jawab pasal hukum wakalah derma tu share tau. Kami tertunggu-tunggu lebai ISMA jawab isu syariah ini. Setakat ini, pandangan mengambil wakalah fee tanpa memberitahu adalah haram.
Kalau tak haram, ia tetap unethical ambil duit orang tanpa izin!