ETHEREUM SUDAH USD600!

E

Aku masih ingat masa ETH ni masih USD1, Ahmad Jasri Badaruddin, trader crypto lagenda pernah ajak aku dan Nik Izwan Kamel buat mining ETH.

Jadi kami pun binalah mining rig GPU lebih kurang 10 biji. Dapatlah sehari lebih kurang 10-15 ETH selama 3 bulan kalau tak silap.

Selepas sebulan, aku cakap dengan partner-partner aku, aku nak rembat duit company RM500,000 untuk borong ETH yang ketika itu masih berharga lebih kurang USD10. Lebih kurang RM40 lah.

Tanpa teknikal analisis, tanpa fundamental, hanya keimanan dan ketaqwaan saja yang aku pegang. Selepas 5-6 bulan, dia bull run. Sampai USD300. Selamat tengkuk aku dari kena pancung.

Lebih kurang 3000% kenaikan! Itu yang sampai ada orang fitnah aku kata aku buat scam lah. Ustaz-ustaz dan lebai-lebai pun sama join sekaki. Bila aku saman, terus delete Facebook, delete posting. Pakai kopiah jubah, perangai macam Abu Lahab. Sampai hari ini aku taktau aku scam siapa.

Harap Lebai Lariba boleh buktikan aku scam siapa nanti lepas aku masuk saman. Sekarang ni aku tengah busy ada 2-3 court case. Kau tunggu aku lebai!!! Aku akan datang cari kau!

Anyway, kalau aku nak guna hujah aku dah buat duit dengan trading crypto dalam masa 3-5 bulan, maka aku ada record. Tapi aku tak guna. Sebab aku dapat by luck. Bukan sebab ada apa-apa teknikal atau system.

Itu sebab dalam trading ni perlukan kosistensi. Sebab itu system trading perlu konsisten, at least atas kertas jadi. Tapi kalau atas kertas pun tak jadi. Kau sembang apa scammer?

Buat mereka yang ghairah nak melabur dalam dunia crypto hari ini. STOP! Jangan involve dulu! Pastikan korang ada ilmu dulu!

Today’s knowledge, tomorrow’s wealth!

Baca free dekat coin.my (www.coin.my)!

Kepala pening baca di web? Boleh beli buku yang aku dan team aku tulis. Buku kami dari sisi pandang orang back-end industry macam kami.

Beli sini!

https://ifmal.com/…/50-dalil-kenapa-anda-wajib…/…

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.