Aku ingat, Al-Khaadem minta maaf ke, Ustaz Hussain Yee yang minta maaf ke, atau Zulhisham Ayob yang minta maaf. Sekali Ustaz Kopiah. Entah mana hala punya entiti pun nak buat publisiti.
Punya banyak manusia real mendambakan jawapan. Dia tak respond. Fake account minta maaf diorang rasa macam pesta. Disambut macam ketibaan Mahdi Jordan.
Kah kah kah!
Siapa Ustaz Kopiah tu? Apa reputation dia? Siapa sanad dia? Siapa reference dia? Apa barang melayan fake account? Fake account tu duk mesej-mesej aku, aku tak layan sangat pun mula-mula.
Tapi lepas dia buat permohonan maaf, barulah aku gelakkan dia.
“Apa barang fake account minta maaf?”
Kah kah kah!
Orang yang tak faham law, rasa macam siapa minta maaf dia kalah sebelum lawan di mahkamah. Tak semestinya macam tu. Itu hari ada kes Pendakwah Teknologi minta maaf dekat DDNK. Korang cuba search.
Come on..
Meh sini aku cerita pasal saman-saman ni sikit. Aku ni banyak kena saman sebab bersuara. Peguam Asiah Jalil tu pun saman aku. Ada Dato dan Tan Sri AP holder pun saman aku. Ada syarikat corporate pun saman aku. Aku tak berganjak pun. Sebab apa, aku nak cari kebenaran dan nak dengar kebenaran.
Kalau memang jelas dia berjaya membuktikan kebenarannya, aku takda masalah untuk minta maaf. Kalau kalah secara teknikal, berapa kena bayar, itulah harga aku untuk berkata benar. Aku akan bayar. Apa nak takut. Aku takkan lari.
Sebenarnya bila kita kritik orang atau entiti, kita kena bersedia membuktikan kebenaran tersebut. Itu aku. Aku juga akan rasa tak sabar nak “grill” orang tu dalam court nanti melalui peguam aku nanti. Sebab, dalam mahkamah nanti, siapa yang saman, dia masuk kamar dulu.
Contoh, korang taktau kan apa dalam agreement Al-Khaadem-Dr. Kamilin. Kan? Kalau masuk court semua itu boleh dikeluarkan dan dibaraikan. Saksi-saksi akan dipanggil secara sepina. Korang mesti nak dengar jawapan sebenar daripada mulut Kamilin dalam kamar nanti kan?
Clear?
Itulah aku pernah cakap, dalam dunia ni, tipu orang bodoh, takut-takutkan orang lemah, bolehlah. Itu perangai orang kaya penindas dan kapitalis jahat yang nak tutup mulut orang. Tetapi, aku bukanlah orang yang akan lari daripada kebenaran yang aku ketahui dan aku pegang.
Berbalik bab Ustaz Kopiah tu, ia hanyalah fake account penakut, dia minta maaf lepas dengar nak kena saman defamation RM700k. Sebab dia takda duit, dia tak faham law.
So, dia minta maaf sebab kebenaran atau takut kena saman dan jahil law?
Sangat insult intelligence bila fake account minta maaf pun nak publicise.
Boleh cuba lagi!
Jangan tag akulah kat posting jijik camtu, bukan level akulah melayan posting meraikan fake account macam tu.