FATIHAH, KENAPA AWAK NAK KAHWIN?

F

Salah satu privilage terhebat syarikat-syarikat milik aku adalah, jika staff aku nikah yang no-2, syarikat akan fund majlis mereka. Nampak macam tak adilkan? Untuk staff perempuan pula, kalau dia tolong minangkan madu dia, perkahwinan ke-2 suaminya juga kami tanggung majlisnya!

Ok, fair!

Rasionalnya, staff lelaki aku tak perlu stress-stress kalau bini kat rumah memekak, kahwin satu lagi terus. Kos majlis kami tanggung, kuranglah beban, bahkan boss Nik Izwan Kamel suruh naikkan gaji lepas kahwin yang ke-2.

Bos Abu Aisy pula cadangkan staff wanita yang membenarkan suaminya bermadu juga akan dinaikkan gaji serta merta. Jadi takdalah isu suami dia marah isteri dia kena balik malam. Sebab dah ada teman baru nak gentel.

Staff baru aku, Fatihah memandang aku seraya berkata,

“Eee, boss saya pun nak macam tu..”

Dengan pantas aku membalas,

“Kalau agama awak membenarkan lelaki dimadukan, manfaat yang sama akan kami bagi kat awak.. ok?”

Fatihah seolah-olah hilang hujah, dia membalas,

“Alah bos, sunnah yang tu je nak support, sunnah yang lain tak pun..”

Ini ayat standard kaum faminis yang cliche, aku tersenyum dan menjawab,

“Apa sunnah pun nak buat dalam office ni semua kami benarkan, kami support, awak boleh hantar proposal apa-apa sunnah yang awak nak kami support.”

Fatihah tergamam. Aku seperti biasa, terus bertanya kepada Fatihah,

“Awak nak kahwin? Nak nikah?”

Dia jawab,

“Mestilah nak..”

Aku tenung jam tangan aku, perut macam lapar ikan patin, aku tanya lagi,

“Kenapa awak kena kahwin? Kena nikah?”

….bersambung…

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.