Ada seorang mamat ni aku terbaca dia ngamuk-ngamuk sebab ada orang guna gambar bini dia buat contoh pakaian tidak menutup aurat.
Bini dia kayuh basikal. Bukan biasa-biasa. Laju dan jauh. Ya, bini dia pakai pakaian ketat-ketat. Itu adalah pakaian kayuh basikal katanya. No issue argument dia ni.
Orang yang viralkan gambar tu dah kerat kepala. Pada aku tiada masalah. Itulah dunia digital hari ini. Yang bebas untuk komen apa saja. Pada aku tiada apa yang keterlaluan.
Komen bawah kau janganlah baca. Itu manusia biasa yang suka menulis di wall orang. Yang aku pelik, kenapa dia nak ngaku itu bini dia. Buat diam sudah. Kalau nak belanja bini, belanja dengan ikhlas. Niat ikhlas.
Komen aku mudah. Kalau kau sendiri yang publickan gambar kau untuk menunjuk. Maka memang kau yang meminta orang untuk komen. Setiap orang ada pandangan dia masing-masing.
Bini kau nak ride ke, nak bikini ke, nak bogel je. Itu hak kau dan dia. Tapi kalau kau sendiri dah pilih untuk tayang secara perdana. Kau kena ready untuk dikomen oleh masyarakat era baru hari ini.
Cuma aku tertanya-tanya. Kalau kayuh basikal tak tayang gambar berbasikal berpakaian ketat-ketat kayuhan jadi tak laju ke? Tempat dituju tak sampai ke? Entah, aku tak kayuh basikal macam diorang. Aku kayuh atas katil je.
Yang paling lawak dia mengecam orang yang konon sembang agama. Haha. Oklah, diorang salah. Tapi biar bini kau tertayang betul ke? Itu pilihan kau. Kau yang nak belanja bini kau. Ada yang layan, kau kenalah terima segala komentar.
Siap kata nak suruh buka tudung bagai. Suruhlah apa kau nak suruh bro, belanjalah mata-mata lelaki-lelaki ni dengan gambar-gambar bini kau. Mungkin itu kepuasan untuk diri kau. Malu apa kan?
Aku dulu pun bersukan, bukan biasa-biasa. Aku olahragawan, pemenang pingat di Sukma. Wakil negeri. Aku cari-cari gambar aku yang tak patuh syariah tak jumpa pula. Memang takda sebenarnya.
Lepas habis acara, aku sarung terus seluar dan jaket. Aku tak bergambar dalam keadaan sangat hot dan seksi. Walaupun badan time tu berketul-ketul dan lean. Menang lagi. Real competition sport.
Aku malu. Takut nanti depan tuhan aku taktau nak jawab apa. Aku bangga buat salah atau apa? Itu aku. Kau, kau punya pasal.
Bawah ni mamat karkun. Idola aku masa main hoki. Azlan Abu Bakar, top 10 best hockey player in the world. Tutup aurat dan pakai janggut. He is playing with brain and skill, bukan costume.
Korang sukan wakil apa dulu? Menang pingat apa?