HADIAH BUAT PRINCE OF MULTITASKING & MULTIDISCIPLINARY

H

Budak gemuk ni dulu masa datang apply kerja, dia masih kurus. Masuk office kami jadi gemuk. Sebab apa? Sebab office kami provide free lunch, pantry penuh jajan dan ofcoz ler gaji dia dah sedap sekarang ni. Masa mula-mua dia masuk, aku dengan Nik Izwan Kamel bagi dia gaji RM1500 je untuk test dia. Dia sahut cabaran kami dan dia buktikan dia worth more than that now.

Dia ni dulu buat freelance WordPress developer, tapi takdalah terer mana. Biasa-biasa je. Dia kena bawa Uber untuk dapat extra income. Tapi, kami bagi dia masa, kami invest dia dekat masa, peluang dan ruang supaya dia belajar dan improve. Dia minat, kami support. Dia graduan EE dari UTM. Tapi pandai fotografi dan video editing.

Jadi, dia bukan sekadar boleh coding, dia boleh jadi video editer dan graphic designer kalau diperlukan. Sekarang ni bukan setakat customize WordPress, apa-apa technology stack pun dia boleh adapt dengan cepat. Bukan itu saja, server dan network pun dia boleh handle. Apa rahsia dia? Dia rajin, dia strive untuk menaikkan skill dia. Paling penting tak berkira dengan kami, majikan. Hampir 3 tahun dia strive to gain our trust tau.

Masa mula-mula dia apply kerja, dia minta gaji agak tinggi. Kami pun ralat nak bagi sebab taktau dia ni bagus ke tak. Itu yang offer RM1500 take it or leave it, prove to us that you are worth that value. Tapi dia memang work hard to prove and improve. Selepas 3 ke 4 bulan, kami naikkan gaji ke amount yang dia nak. Masa dia kahwin, kami belanja, masa dapat anak, kami belanja, nak kahwin lagi pun kami janji akan payung.

Dulu, dia sampai tidur dalam office berminggu-minggu untuk belajar dan siapkan project. Dengan effort yang luar biasa, hasilnya pasti luar biasa. Sudah pasti majikan akan appreciate juga. Kami hadiahkan dia Honda City full spec dulu dekat dia. Habis dia lenjan bawa gopren sana sini sampai kantoi.

Attitude yang dia ada ni mahal untuk zaman ini. Walaupun ketika dia tak masuk office, dia cuti, tapi dia sentiasa available. Dia balik kampung, tapi bila dia diperlukan, dia sentiasa ada. Sekarang ni, dia tak masuk office pun, takda orang tanya, sebab kami tahu, dia sentiasa ada walaupun dia sedang berasmara. Unless tuhan cabut nyawa dia.

Ada sesetengah pihak mengecam sikap majikan yang menggalakkan multitasking dan multidisciplinary, pada aku itu ajaran songsang yang membunuh kebolehan manusia. Dari kecil kita dididik perkara tersebut, kita belajar banyak subjek, ada ko-kurikulum, ada sukan dan softskill. Tapi masa kerja, kau taknak ada skill lebih. Single skill ni boleh automate ma!

Sama juga yang mengajar selepas waktu bekerja, off phone. Itu juga ajaran yang tidak bertanggungjawab. Kalau kau berkira dengan majikan kau, majikan juga akan berkira dengan kau nanti. Kau mungkin pekerja yang baik. Tetapi kau bukan yang terbaik kalau berkira dengan majikan. Kau tak boleh expect kau dapat lebih sebab kau kerja pun ngam-ngam. So, cukuplah gaji setiap bulan yang dah termeterai dalam perjanjian tu. No bonus, no incentive. Ngam-ngam!

Dengan ada skill lebih dan attitude yang betullah value kau akan naik. Nak ke mana pun mudah. Dan ofcoz ler majikan akan value kau lebih. Let saylah, syarikat ada krisis, perlu buang orang, pastilah majikan yang selamatkan mereka yang ada value dan ada hati dengan syarikat dia. Yang berkira dan tak guna, masuk list awal kena keluarlah.

Aku percaya, kualiti yang ada pada dia adalah impian dan harapan setiap majikan. It’s a rare breed untuk mereka yang lahir tahun 90an dan 20an. Teringat aku masa mula-mula covid start, dia tulis surat untuk tak payah bayar gaji dia selama 3 bulan. Steady tak steady? Sebab dia dekat dengan kami, dia sangat faham. Tapi kami tak potong pun gaji dia. Bayar je cam biasa.

Sebagai menghargai jasa dia. Yelah, dia tengok junior-junior dia dapat kereta baru, dia bela Honda City tu tak membesar pun selain perut dia yang besar. Dia hint-hint nak upgrade, jadi kami hadiahkan dia Honda HRV full spec. Up sikit dari Honda City dia dulu. Ibarat Honda City dah membesar gemok macam dia lepas 3 tahun diberi makan. Aku harap dia terus istiqamah untuk berjaya. Umur dia pun baru 31 camtu je. We see bright future in him.

Aku cuma nak cerita bagaimana kami groom dan develope anak-anak muda ni punya career path dan development bila kami lihat dia ada kualiti untuk berjaya. Kami appreciate talent yang bagus. Mereka akan ganti tempat kami nanti. Kami akan tua, kami akan mati. Mereka akan guide dan didik generasi seterusnya. Bukan semua orang lahir untuk jadi usahawan sendiri, ada yang perlu dibimbing dan ride syarikat orang lain.

Aku selalu sebut, “I see you at my place in the future” dekat anak muda yang aku rasa ada masa depan. Tapi, itulah. Kadang-kadang mereka ini lemah semangat ke lemah syahwat. Kena kerja lebih sikit, complain, tak sampai 2 tahun bekerja dah nak resign. Nak jadi freelancer kononnya. Dia tak nampak masa depan di depan yang gemilang jika mereka terus strive dan upgrade value diri.

Anyway, aku still tak putus harap mencari anak-anak muda tempatan yang sanggup strive bersama-sama aku. Kami ni idea banyak, modal insyaAllah boleh cari. Tapi, kami lack of talent yang nak ambil tanggungjawab. Ramai yang berimpian besar tapi nak kerja 5 hari seminggu, cuti banyak, flexible hours, berkira dengan majikan dan taknak jadi multitasker. Kalau boleh, taknak kerja tapi dapat duit.

Ya, kau akan dapat semua tu. Bila kau dah worth that level! Tatkala kau dah sampai that level, kau sendiri enjoy bekerja dan kau sendiri kalau boleh nak bekerja hari-hari walaupun kau sedang bercuti. Dunia selepas kau keluar dari sekolah dan kolej adalah dunia pekerjaan. Aku juga akan ajar erti tanggungjawab sosial, misi dan visi hidup, juga perjuangan mengubah dunia ini.

Kalau kau rasa kau bagus, kau pm kami je. Kalau kau rasa kau bagus dan dah ada majikan yang tak hargai kau, pun boleh cari kami dan bawa value kau kepada kami. Aku percaya dunia ini untuk dikongsi kita semua, begitu juga rezeki kita. Aku percaya kata orang tua-tua Wakanda dulu,

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..”

Bersusah-susah 2-3 tahun dahulu anak muda, kau pasti akan bersenang-senang selepas itu!

Percayalah, tuhan itu adil dan akan bagi apa yang kita usahakan..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.