HARAM MAKAN KATAK! HALAL MAKAN DUBUK!

H

Aku terlihat banyak pula gambar-gambar manusia makan katak. Kenapa ya? Ayam dengan lembu tak cukup sedap ke?

Anyway, aku nak kongsi tentang hukum makan katak.

Dari Sahl bin Sa’d As-Sa’idi,

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن خمسة: “النملة، والنحلة، والضفدع والصرد والهدهد

Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang membunuh 5 haiwan : Semut, lebah, katak, burung syurad, dan burung hudhud.

(HR. Baihaqi)

Maka menurut kaedah fiqh, haiwan yang diharamkan dibunuh, maka ia diharamkan untuk dimakan. Logiknya, pastilah haiwan itu harus dibunuh untuk dimakan, atau apabila dimakan pasti ia akan terbunuh.

Manakala dubuk pula, mazhab syafie menurut Imam as-Syafie rahimahullah adalah harus untuk dimakan. Kata Imam an-Nawawi,

“bahawa daging dubuk boleh dimakan dan dijual beli.”

(Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/9)

Imam Syafie juga ada menyebutkan bahawa:

وَلُحُومُ الضِّبَاعِ تُبَاعُ عِنْدَنَا بِمَكَّةَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لَا أَحْفَظُ عَنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِنَا خِلَافًا فِي إحْلَالِهَا

Maksudnya : “Daging-daging dubuk dijual antara Bukit Safa dan Marwah semasa kami di Makkah. Dan aku tidak ketahui seorang pun daripada kalangan ashab kami, yang khilaf dalam menghalalkannya.”

(Lihat al-Umm, 2/273)

Katak walaupun makan serangga, ia haram, dubook walaupun makan tak ketahuan, ia harus. Kalau kau nak makan katak juga pun, kau makanlah katak Star Wars tu, Jabba The Hutt ke namanya!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.