HASIL 22 BULAN JADI MENTERI DAN AHLI PARLIMEN

H

Ini Syed Saddiq, dia graduan undang-undang, tak pernah kerja betul-betul jadi peguam, rasanya tak buat chambering pun. Jadi tutor part time dan coach debat semua tu kerja part time.

So, basically lepas dia habis belajar, masuk politik, menang parlimen dan dilantik menjadi menteri. Maknanya, kerja pertama dia yang betul-betul kerja adalah ahli parlimen dan menteri.

Dalam masa 1 penggal jadi politikus, dia boleh declare harta sebanyak RM1.9mil. Itu yang dia declare kan? Yang dia sorok, bukan korang tau. Maksudnya kalau 2 penggal lebih kurang RM4mil lah.

Untung kan jadi politikus?

Dalam masa 1 penggal, dia ada RM45,000 bank balance katanya. Ingat licin bank balance bantu rakyat. Dia ada investment sampai RM1.2mil. Confirm tak termasuk duit ASB yang “itu” kan?

Dia ada motor NVX macam Nik Izwan Kamel berharga RM8,500.

Dia juga payung kenderaan untuk abang dia yang pernah bekerja dengan peguam Akmal Sk.

Lepas tu dia beli basikal Pinerello 2nd hand harga RM8,000 daripada Zaiful Zamri kot. Murah dia dapat, ada swap dengan projek ke?

Terus dia mampu beli kondo RM880,000 dan sebiji lagi rumah di Elmina tak sebut harga untuk keluarga.

Nampak tak? Terus jadi kaya.

Kalau banding dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang menguasai 1/3 dunia, dalam masa 2 tahun 6 bulan pemerintahannya, rakyat jadi senang, tapi khalifah wafat tinggal meninggalkan apa-apa harta dan anak-anaknya hidup dalam keadaan kefakiran.

Sebelum kewafatannya, seseorang berkata kepada Umar,
“Itu mereka anak-anakmu (ada dua belas). Berilah mereka wasiat terakhir, sungguh mereka semua adalah orang-orang yang fakir.”

Lantas Umar membaca Al-Qur’an surat Al-A’raf ayat 196 yang berbunyi:
إِنَّ وَلِـِّۧيَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي نَزَّلَ ٱلۡكِتَٰبَۖ وَهُوَ يَتَوَلَّى ٱلصَّٰلِحِينَ
“Sesungguhnya pelindungku ialah Yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Qur’an) dan Dia melindungi orang-orang yang shalih.”
(QS. Al-A’raf [7]: 196)

“Demi Allah, saya tidak akan memberikan hak orang lain untuk anak-anakku. Tinggal mereka memilih, mahu menjadi orang soleh atau sebaliknya. Jika menjadi orang soleh, maka Allah akan menjaganya. Tapi jika tidak, aku tidak akan menjamin mereka terhindar dari perbuatan maksiat.”

Korang berapa juta aset ada selepas 4 tahun kerja?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.