Kelmarin aku melakukan swab test di sebuah klinik swasta di ibu kota di mana swab test secara drive thru dijalankan. Aku perhatikan je SOP yang mereka gunakan.
Aku dapati SOP mereka tidak memenuhi dan mematuhi teori penjarakan 1m dan juga pengawalan risiko penularan tidak betul-betul dijaga dengan baik. Memang SOP infection control yang mereka amalkan very-very minimal.
Walaupun alhamdulillah result RTK dan PCR aku kedua-duanya negative, tapi aku tetap nak memberi sedikit komentar dan kritik terhadap SOP yang mereka jalankan.
Situasi 1 :
Seorang pekerja akan pergi ke satu kereta ke satu kereta. Dia memakai PPE dan glove, dengan face shield. Tetapi dia telah mendekati kurang dari 1m jarak setiap orang yang bakal dilakukan swab test. Mengambil IC, memberi borang dan pen. PPE tidak ditukar, glove tidak ditukar.
Masalah :
Jika orang di depan aku adalah Covid postive, kebarangkalian aku juga akan kena adalah tinggi melalui pekerja tadi yang menjadi ejen penyebarnya.
Situasi 2 :
Pekerja yang melakukan swab test orang di depan aku adalah orang yang sama. Tidak ditukar ganti, PPE yang sama, hanya glove sahaja ditukar.
Masalah :
Dengan jarak sebegitu hampir, sudah pasti risiko di situ jauh lebih tinggi berbanding dengan risiko pada situasi 1 tadi. Lebih-lebih lagi hidung dah dicucuk. Kalau orang di depan aku positive, pasti risiko aku pun kena pada hari tersebut. Risiko penularan wabak di situasi 2 pada aku lebih tinggi.
—-
Telah berlaku beberapa kejadian, keputusan swab test negative pada awalnya, tetapi selepas 3-6 hari mereka demam dan setelah ditest semula, dia positive covid. Menurut individu tersebut, mereka tidak ada link dengan mana-mana orang yang positive covid melainkan mereka pergi buat swab test secara drive thru.
Ya, mungkin pihak klinik boleh berkata yang pada ketika di swab test, jumlah virus belum cukup banyak menjadikan negatif. Tetapi jika close contact pun boleh kena dan berjangkit, tidak mustahil SOP di klinik yang menjalankan swab test tanpa menjaga SOP tidak boleh menyebarkan virus covid juga?
Maka kesimpulannya, meraka ialah individu yang tidak bernasib baik yang terkena jangkitan di pusat test covid atau di drive thru clinic, tempat mereka buat swab test tempoh hari.
Bala bukan? Dapat result negative, so mereka merayau-rayau lah, rupanya mereka juga menjadi agent penyebar virus Covid-19 ini. Dapat dekat mana? Dapat dari pusat test covid private clinic.
—-
Aku yang ada self awareness tinggi nampak SOP yang tak berapa proper terus sanitize tangan, jaga tangan tak pegang mulut dan muka. Balik, terus tanggal baju seluar, mandi.
Kemudian, aku memekak dekat dalam group whatsapp, aku tanya Abu Aisy boss ALME Niaga, partner aku yang run syarikat medical supply yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang infection control. Aku tanya dia, kat hospital diorang buat macam mana? Dia terus tunjuk benda alah ni (rujuk gambar di bawah).
Katanya, “hospital pakai benda alah ni, test seorang patient sepasang, pakai buang. Harga RM0.30 je sehelai. Ini SOP sebenar. Lepas tu terus wipe pakai disinfectant wipe. Ini yang kita supply dekat hospital dan hospital guna..”
Bila tengok benda alah tu baru aku nampak logiknya. Ya, hospital biasanya, kalau boleh akan pakai SOP yang paling ketat, tidak seperti klinik swasta yang sekadar nak mengaut keuntungan duniawi. Lagi ramai orang buat test, lagi ramai orang kena covid, mereka lagi heaven!
Aku harap klinik-klinik swasta yang menjadi pusat test covid tidak memandang enteng terhadap masalah seperti ini. Mana nak dapat benda alah ini? Aku dah suruh diorang letak dalam system Ifmal , supaya mereka (klinik-klinik swasta) boleh order terus secara digital. Takyahlah purchase order, quotation dan invoice-invoice ni, bayar teruslah.
1. Long Disposable Plastic Glove (V)
https://ifmal.com/pro…/long-disposable-plastic-glove-v/…
2. Clinell Universal Disinfectant Wipes 200 Wipes (V)
https://ifmal.com/…/clinell-universal-disinfectant…/…
Kalau kau nampak tempat buat test covid tu tak jaga proper SOP untuk infection control, sama ada kau balik then quarantine sendiri 10 hari, atau kau suruh diorang tukar PPE, wipe face shield dan ganti orang sebelum swab kau. Protection yang diorang pakai tu sebenarnya untuk diorang tapi bukan untuk infection control yang menjaga kau dari terkena jangkitan.