HERO SYNDROME – MASALAH BESAR ORANG MELAYU

H

Orang Melayu sentiasa tercari-cari siapakah hero mereka. Mereka tiada kriteria jelas. Mereka tiada ciri-ciri sebenar. Mereka tidak punya prinsip asas bagaimana hero itu sebenarnya. Walhal mereka orang Islam yang tela beriman dengan al-Quran dan as-Sunnah serta mengenali para sahabat Nabi.

Apabila orang Melayu tidak ada prinsip yang jelas siapakah hero mereka, maka mereka mudah tersesat, terpesong, dan taksub. Sehingga ada yang mensucikan hero mereka ke tahap seolah-olah maksum. Ada yang menjadi sesat dan ada yang menjadi extremist.

Prinsip kita kaum muslimin ni mudah.

1. Tiada yang maksum kecuali Nabi. Semua manusia boleh ditolak dan diterima. Dikritik dan dipuji. Kecuali Nabi.

2. Contoh tauladan kita adalah Nabi, para sahabat Nabi, tabi’in dan para salafussoleh dan aimmatul ummah yang mengikuti jalan Nabi dan sahabat.

Jadi, apabila seorang tokoh atau hero yang mereka sanjungi tidak mengikuti tauladan sumber rujukan kita, maka amat wajarlah mereka di-slow down-kan. Tetapi ia tidak berlaku kerana masalah hero syndrome telah menjadikan mereka taksub dan bersikap extreme.

Jadi kau jangan pelik orang kita boleh sembah tok guru, boleh sembah kubur, boleh ikut Ayah Pin, Haji Kahar, Tuhan Harun, dan lain-lain lagi. Semuanya bermula dari hero syndrome kemudian taksub dan akhirnya sesat dan menyesatkan.

Sebab itu apabila aku lihat masyarakat terlebih-lebih memuji muja tokoh tertentu kerana kerja-kerja amalnya, aku akan ambil pendekatan mengajak masyarakat menggantikannya dengan kepada tokoh yang benar seperti Nabi dan para sahabat Nabi yang dijanjikan syurga.

Banyak persoalan tentang tokoh itu yang masih gagal dijawab dengan fakta dan data sahih. Kekayaannya dari mana, perniagaannya bagaimana, keilmuannya dan kenapa dia kerap berdrama yang mengakibatkan pihak lain tercalar. Maka, dia kekal bukan hero yang terbaik.

Begitu juga baru-baru ini apabila Israel menyerang Palestin, lahir pula kelompok yang mendewakan Erdogan dan Turki. Sehingga mereka sanggup mengedit gambar di al-Aqsa. Mereka mula mengecam negara lain seperti Mesir, Saudi, UAE dan lain-lain, seolah-olah hanya Turki hero mereka!

Walhal Turki lah yang ada hubungan diplomatik dengan Israel. Erdogan yang sudah berjabat tangan dengan beberapa pemimpin Israel. Turki lah menghantar bantuan apabila Tel Aviv terbakar. Aku bukan nak kutuk Turki, aku nak kasitau kebenaran. Erdogan tetap terbaik menjaga Turki.

Kalaulah Mesir dan Jordan jahat. Mereka tidak buka pintu sempadan, merawat pelarian dan membantu laluan pejuang. Kalaulah Saudi jahat, maka tiadalah bantuan kewangan setiap bulan secara konsistan. Saudi lah negara yang memberi bantuan kewangan secara terus dan konsistan sehingga hari ini. Begitu juga UAE.

Aku hairan. Sejak dari dulu. Apabila Palestin diserang, orang lain yang diserang. Kenapa kita perlu memusuhi sesama kita? Ketika kita sibuk main Facebook, kumpul follower, troll sana sini, tak bekerja, makan duit bini, sembang BMF lepas tu jual produk kewangan tauke judi Cina dan scammer saham. Saudi dan UAE tetap menghantar bantuan kewangan.

Kita baru hari ini tiba-tiba semangat-semangat, setiap kali kejadian baru, nak kutip derma. Itu pun kutip derma kena scam, kena cukai dengan tukang kutip dan tukang hantar bantuan. Rilex tuan-tuan, setiap orang ada tanggungjawab dan keupayaan masing-masing.

Buanglah hero syndrome tu, Kita dah ada hero sebenar. Hero yang semua orang akan terima. Cari kebenaran dan terus bantu saudara kita di sana. Terus menuntut ilmu, berusaha gigih, jadi pandai dan kaya, supaya boleh melawan mereka dari pelbagai sudut dunia. Hero syndrome nilah yang menyebabkan kita berpecah,tak appreciate dan mengecam orang lain pula.

Semoga Allah rahmati kita semua..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.