Semenjak aku agak dikenali beberapa tempoh masa ni, ramailah orang yang nak jumpa, ramailah orang nak bawa aku kenal orang ini, orang itu. Banyaklah jemputan itu dan ini daripada orang-orang terkenal. Nak buat business lah, nak berkenalan lah.
Ada politikus, ada usahawan, ada boss kerajaan, ada artis, dan macam-macam lagi. Kadang ada yang direct, ada juga yang melalui kawan. Ada yang aku layan, ada yang aku tolak. Aku tolak bukan sebab aku membenci mereka atau pun sombong. Tidak..
Cumanya prinsip aku tidak membenarkan. Lagipun aku bukanlah orang yang banyak masa untuk bermajlis, aku juga tidak berminat nak tambah kawan atau kenalan. Cukuplah apa yang ada ni. Pengalaman terkawan dengan orang yang bermasalah banyak mengajar aku erti kehidupan.
Aku percaya, anjuran Nabi SAW supaya memilih kawan sangatlah benar dan membenarkan.
Aku berpegang dengan hadis Nabi SAW,
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau boleh membeli minyak wangi daripadanya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum daripadanya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tidak menyenangkan.”
(HR. Bukhari & Muslim)
Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahullah mengatakan : “Hadis ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merosakkan agama mahupum dunia kita. Hadis ini juga mendorong seseorang agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia.”
(Fathul Bari 4/324)
Hadis ini juga menunjukkan keutamaan bergaul dengan teman soleh dan orang baik yang memiliki akhlak yang mulia, sikap wara’, ilmu, dan adab. Sekaligus juga terdapat larangan bergaul dengan orang yang buruk, ahli bid’ah, dan orang-orang yang mempunyai sikap tercela lainnya.”
(Syarh Shahih Muslim 4/227)
Justeru aku memang cuba sedaya upaya mengelakkan diri terjebak, ada kena mengena, berkawan atau berkenalan dengan mereka-mereka yang melanggar prinsip dan menjadi barah dalam masyarakat.
Antaranya..
1. Scammer atau terlibat dengan aktiviti scam secara terbuka.
2. Peniaga psuedoscience atau kosmetik timbang kilo.
3. Mereka yang terkenal kerana melakukan perkara yang jijik dan menjijikkan.
4. Penganut ajaran sesat, liberal, plural, wala’un dan taasuber.
5. Penyebar hadis palsu, penghina Nabi SAW, penyebar khurafat dan tahyul.
6. Orang yang sentiasa menghina akal.
7. Lebai/aktivis penunggang agama, NGO dan Yayasan.
8. Pendera kanak-kanak, OKU, perempuan dan pemaki suami sendiri.
9. Lelaki yang takut bini dan daiyus.
10. Mereka yang menipu credential. PhD scam, Dato scam, Ustaz scam atau muallaf.
Allah juga menganjurkan kita menjaga diri daripada anasir yang tidak baik. Kata Allah dalam al-Quran.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُون
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.“
(At-Tahrim:6)
Allah mengarahkan kita mencari teman-teman yang baik.
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَاناً خَلِيلاً لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنسَانِ خَذُولاً
“ Dan ingatlah ketika orang-orang zalim menggigit kedua tanganya seraya berkata, “Aduhai, kiranya aku dulu mengambil jalan bersama Rasul. Kecelakaan besar bagiku. Kiranya dulu aku tidak mengambil fulan sebagai teman karibku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran sesudah al-Quran itu datang kepadaku. Dan syaitan itu tidak mahu menolong manusia.”
(Al Furqan:27-29)
Ibnu Qudamah Al Maqdisi rahimahullah menggariskan panduan mencari sahabat yang baik. Katanya,
وفى جملة، فينبغى أن يكون فيمن تؤثر صحبته خمس خصال : أن يكون عاقلاً حسن الخلق غير فاسق ولا مبتدع ولا حريص على الدنيا
“Secara umum, hendaklah orang yang engkau pilih menjadi sahabat memiliki lima sifat berikut, orang yang berakal, memiliki akhlak yang baik, bukan orang fasik, bukan ahli bid’ah, dan bukan orang yang rakus dengan dunia.”
Kemudian beliau menjelaskan lagi, “Akal merupakan syarat yang utama. Tidak ada kebaikan berteman dengan orang yang bodoh. Kerana orang bodoh itu walaupun dia ingin menolongmu, tetapi natijahnya dia akan mencelakakanmu.”
Yang dimaksud dengan orang yang berakal adalah orang yang memahami segala sesuatu sesuai dengan hakikatnya, baik dirinya sendiri atau tatkala dia menjelaskan kepada orang ain. Teman yang baik juga harus memiliki akhlak yang mulia. Kerana betapa banyak orang yang berakal dikuasai oleh rasa marah dan tunduk pada hawa nafsunya, sehingga tidak ada kebaikan berteman dengannya.
Sedangkan orang yang fasik, dia tidak memiliki rasa takut kepada Allah. Orang yang tidak mempunyai rasa takut kepada Allah, tidak dapat dipercaya dan engkau tidak aman dari tipu dayanya. Sedangkan berteman denagn ahli bid’ah, dikhuatirkan dia akan mempengaruhimu dengan kejelekan bid’ahnya.
(Mukhtashor Minhajul Qashidin, 2/ 36-37)
Aku memang pernah pangkah beberapa kawan yang telah melanggar prinsip aku. Terus aku tak kawan. Aku tak menyesal dan aku tak bersedih. Apa prinsip korang dalam berkawan, berteman, bersahabat dan berkenalan? Ada ke takda? Asal dia ada duit? Asal dia ada kuasa?
ps : Aliff Ahmad dengan Aliff Syukri, siapa korang pilih?