Aku banyak terima undangan kaum monarki dan politik sejak beberapa menjak ni. Aku memang banyak baju Melayu. Maklumlah, bini ramai, gopren banyak. Satu rumah 1 pasang. Lepas tu bila entah nak pakai.
Maka, aku decide untuk pakai baju Melayu ke majlis-majlis rasmi dan pergi ke mahkamah. Kalau aku tak pakai, memang jadi tukun dan berhala jela nanti. Cumanya, masa aku dipanggil jumpa TMJ, aku pakai warna merah.
Bukan aku taktau sepatutnya kena pakai baju warna hitam. Tapi aku takda baju Melayu warna hitam. Dalam masa yang sama, aku memang nak bawa mesej merah berdarah dalam perjuangan melawan kebejatan pasukan Siti Bainun.
Setelah viral saja gambar tersebut, mak aku mesej,
“Oi, apsal pakai baju merah?”
Aku reply slumber,
“Sang Saka Merah mengadap helang..”
Begitulah kisahnya.
Maka tahun ini aku sendiri decide warna apa nak beli. Selama ini aku tak kisah pun jenama apa. Tapi tahun ini, aku decide untuk tidak terbeli mana-mana jenama yang menjadi proksi Jakel. Aku nak beli jenama yang ada jati diri, prinsip dan kualiti.
Sahabat aku, Pidomat tiba-tiba launch baju Melayu yang katanya lasak. Sebagai mantan pendekar yang pernah mewakili negara, aku tertarik dengan tema baju Melayu mereka. Aku pun tanya,
“Oi, belakang korang siapa? Jakel juga ke?”
Pidomat dengan penuh yakin menjawab,
“Sendiri bikin, sendiri jahit, sendiri fund. Tak percaya, hang boleh SCRUT dulu!”
(Boleh dapatkan report SSM mereka di SSM atau di Interepowww.interepo.com kemudian search Home Of Brothers Sdn Bhd (1238094-V))
Yelah, tahun lalu ramai yang terbeli Bulan Bintang sebab nak elak Jakel kan?
Rujuk SCRUT Bulan Bintang :
https://www.facebook.com/106639804995509/posts/291173229875498/?d=n&mibextid=qC1gEa
Betul juga, marketing Hombre ni mana boleh lawan Bulan Bintang. Mungkin ada benarnya mereka tidak dibela oleh mana-mana kapitalis besar. Yelah, tak pakai artis, cuma pakai model Russian dan Turkish yang entah masuk Malaysia ada permit kerja ke tidak.
Hombre ini ibarat PN, solusi kepada rakyat marhaen yang tidak mahu Jakel dan tidak mahu syarikat bukan milik Muslim. Konon undi PH nak elak Umno, sekali undi PH dapat Umno. Begitulah mereka yang konon nak elak Jakel, so beli Bulan Bintang, tapi hakikatnya Bulan Bintang juga dimiliki oleh kartel Jakel.
So, korang dah ada pilihan baru tahun ini!
Jangan kata aku tak kasitau pasal Hombre ni. Abang Jamil pun suka baju dia ni sebab dah siap jahitkan dengan butang sekali. Walaupun batu dia nampak sangat fake tapi takdalah menyusahkan dia nak panggil Tipah.
“Pah, butang baju Melayu aku mana Pah!”
Maka mudahlah kita nak bernikah lagi tanpa mengganggu isteri tua kita main mahjong hanya sebab nak minta tolong carikan butang baju Melayu. Kalau nak berpoligami, harus berdiri sendiri dan berdikari.
Kan?