Tadi pagi, adalah seorang manager buat hal tak cerdik. Aku tak kata salah. Tapi tindakan dia menggambarkan dia takda rasa belonging terhadap syarikat. Aku kasitau,
“Inilah dia perangai kalau kerja sekadar kerja, kalau hidup sekadar hidup..”
Ianya sebahagian kalam pendeta Hamka yang menegur sikap orang kita dalam hidup. Buat kerja takda hati, hidup sekadar hidup, kerja sekadar kerja.
Rangkap penuh ada dalam poster..
Syabas HR Manager! Walaupun sangat annoying minta itu dan ini untuk pekerja. Tapi tetap faham dan jelas maksud dan falsafah bekerja. Siap tampal depan pintu masuk!
Mana-mana majikan pun nak orang atau pekerja yang ada rasa belonging dengan amanah dia dapat. Untuk apa? Untuk diserahkan dan diamanahkan tanggungjawab lebih besar.