Hukumnya haram.
Hal ini berdalilkan hadis Abu Hurairah RA, katanya,
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ، وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
“Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang memakai pakaian wanita, dan seorang wanita yang memakai pakaian lelaki.”
HR al-Bukhari (5435) dan Ahmad (8309)
Badr al-Din al-‘Aini ketika mengulas hadis di atas menyebutkan, (celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki menyerupai orang perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang, gelang kaki, dan juga anting-anting.
(Lihat ‘Umdah al-Qari, 22/41).
Begitu juga Ibn Hajar al-Haitami turut menyatakan bahawa antara bentuk menyerupai wanita adalah memakai perhiasan yang dikhususkan kepada wanita dan yang dilazimi oleh mereka, seperti gelang tangan dan gelang kaki. Adapun cincin maka diharuskan bagi lelaki memakainya.
(Lihat al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/261)
Kalau ada ulama’ yang kata ‘uruf penyanyi rap boleh pakai rantai. Maka mohon kongsi fatwa atau pandangan tersebut. Setakat yang aku tahu, pakai gelang, rantai dan bertindik untuk lelaki Islam adalah haram.
Yang dibenarkan hanyalah memakai cincin. Pakai tangkal kencing malam atau gelang semangat rimau juga haram, bahkat syirik dan khurafat.