Ilmu milik tuhan.

I

Ilmu milik tuhan. Cikgu harus ikhlas mengajar baru ada keberkatan. Tiada keberkatan pada guru yang menerima gaji.Dia mengajar untuk dia dapat gaji, untuk dia hidup.

Jiwa pendidik tidak akan mengasari pelajarny. Cikgu yang kena bantai itu wajar dibelasah kerana tindakannya yang over dulu. Tendang kepala pelajar adalah sangat melampau.

Ya, dulu pelajar itu hanya anak kecil, tiada kudrat untuk melawan. Ditambah dengan peraturan sekolah dan persepsi masyarakat. Apabila sudah dewasa, man to man face off la. Berani?

Gua, lu dan ramai kawan-kawan di sini ada kawan yang memilih jadi cikgu. Tapi sebenarnya, adakah mereka yang memilih jadi cikgu itu benar-benar mahu menjadi cikgu?

Atau sudah tidak nampak masa depan di matrikulasi? Dilelong selepas tamat matrikulasi? Tidak atau susah mendapat pekerjaan selepas tamat ijazah pertama? Maka memilih cikgu sebagai exit plan?

Institusi pendidikan wajib reform dengan mengambil dan memilih mereka yang benar-benar minat, tegar, dan cinta akan profesion cikgu. Bukan kerana terpaksa dan sebagai exit plan dan hidup.

Teringat di sekolah gua dulu (MRSM), bila ditanya cita-cita apa?

Tiada seorang pun yang nak jadi cikgu. Tapi ketika di matrikulasi dan selepas matrikulasi, tiba-tiba ramai pula gua dengar masuk maktab perguruan.

BEIJING: Seorang lelaki yang menunggu 20 tahun untuk membalas dendam terhadap bekas gurunya yang pernah menendangnya ketika zaman persekolahan, menyerang lelaki terbabit hingga video kejadian itu tular di media sosial.Menurut laporan South China Morning Post, dalam kejadian kejadian di Luoyang, wilayah Henan, lelaki dikenali sebagai Chang itu menyerang gurunya sebelum dia ditahan polis, kelmarin.Menerusi video yang dimuat naik Ahad lalu itu, Chang menahan bekas gurunya yang menunggang motosikal di daerah Luanzhou sebelum bertanya sama ada lelaki berusia 50 tahun itu masih mengingatinya sebagai anak murid.Mangsa yang dikenali sebagai Zhang, kemudian ditampar suspek di kepala dan muka.Kejadian itu berlarutan selama 20 minit dan bekas gurunya tidak melawan, sebaliknya hanya meminta maaf berulang kali.Rabu lalu, seorang lelaki mendakwa sebagai Chang menulis di forum internet menyatakan dia bertanggungjawab menyerang mangsa pada Jun dan merakamnya namun tidak memuat naik video itu di internet.Menurutnya, Zhang bekas guru bahasa Inggeris ketika dia berada di tahun kedua sekolah tinggi.Chang mendakwa, dia ditangkap guru itu kerana tertidur sebelum disuruh melutut di depan kelas dan guru menyepak kepalanya 10 kali.“Saya memohon maaf kepada semua guru kecuali Zhang,” tulis lelaki itu yang menjelaskan tindakan gurunya menyebabkan dia trauma dan sentiasa mahu membalas dendam.Polis yang melakukan siasatan selepas video itu tersebar, berjaya menahan suspek di stesen kereta api Hangzhou Timur, wilayah Zhejian ketika dia membeli tiket ke Henan.Zhang dilaporkan memberitahu polis dia tidak membuat aduan polis berhubung kejadian itu kerana berasa malu.Sumber : Mymetro#mulutmurai

Posted by MulutMurai.com on Friday, December 21, 2018

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.