IMAM BUKHARI RAHIMAHULLAH PERNAH DIHALANG MENYAMPAIKAN ILMU

I

Kitab tersahih selepas Quran adalah Sahih Bukhari yang ditulis oleh Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Kenal tak siapa dia ni?

Tau tak korang ketika zaman hidupnya, Imam Bukhari pernah popular dan kemudiannya dia mati dalam buangan? Dakwahnya ditolak tetapi Imam Bukhari tak riuh menyalahkan orang lain. Tetapi hari ini, namanya bagaikan bintang yang paling menyinar di langit para ulama’ hadith.

Ketika Imam Bukhari mahu memasuki kota para ulama’ iaitu Baghdad, dia telah dihalang oleh 10 orang ulama’ hadith senior. Dengan syarat Imam Bukhari fullfill syarat mereka iaitu menjawab 10 soalan hadith dari sepuluh orang ulama’ tersebut.

Setiap mereka memberikan 10 hadith yang sudah dicampur dan diseliratkan sanad dan matannya, mereka meminta Imam Bukhari jawab. Imam Bukhari tidak menjawab kesemua soalan mereka, tetapi selepas semua mereka telah menghabiskan soalan mereka, Imam Bukhari membetulkan dan menyusunkan kesemua hadith-hadith yang mereka tanyakan.

Selepas itu tahulah mereka populariti Imam Bukhari bukan kaleng-kaleng, ilmu dan hafalannya jauh mengatasi para ulama’ di zamannya. Maka, Imam Bukhari dibenarkan masuk mengajar dan belajar di Baghdad.

Setelah sekian lama di Baghdad, Imam Bukhari rasa mahu pulang ke tempat kelahirannya Bukhara, Khurasan. Kedatangannya disambut para ulama’ dan masyarakat di sana. Majlis ilmu Imam Bukhari dihadiri oleh para ulama’ dan penuntut ilmu. Katanya berjumlah ribuan ramainya.

Malangnya, ketika fitnah muktazilah membesar, Imam Bukhari juga terkena fitnah tersebut. Imam Bukhari dihalang mengajar, dikecam dan dihalau keluar dari kampung halamannya. Imam Bukhari yang mempunyai ramai anak murid tidak langsung menggunakan pengaruhnya untuk melawan fitnah tersebut kerana dia mungkin takut memulakan fitnah di kalangan kaum muslimin.

Maka, Imam Bukhari akhirnya mati dalam buangan dan keseorangan. Tiada dalam karangannya mengecam sesiapa pun atau mecipta persepsi yang memburukkan lawan dan musuhnya. Walaupun dia mati keseorangan dan terbuang, tetapi hari ini namanya tidak lekang dari kalangan kaum muslimin yang sentiasa mendoakannya, rahimahullah.. Semoga Allah merahmati Imam Bukhari.

Begitulah dakwah aimmatul salaf. Tidak bermain persepsi dan tidak mencetuskan fitnah. Boleh kita belajar dari Imam Bukhari di Baghdad adalah menuruti SOP dan arahan orang berkuasa tempatan dan ketika di Khurasan pula, walaupun diboikot dia tetap tidak mencipta persepsi buruk terhadap mereka yang memulakannya.

Itulah dia.. Imam Bukhari, Khalifah segala ulama’ hadith yang telah menunjukkan contoh tauladan yang terbaik kepada kita. Bukan seperti lebai selebriti hari ini.

Wallahu’alam..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.