IMAM MALIK MEMAKRUHKAN PUASA 6!

I

Pernah dengar tak terdapat qaul yang Imam Malik Rahimahullah memakruhkan puasa 6 di bulan Syawal

.Kenapa?

Sebelum aku sambung, majoriti mazhab dan para ulama’ mengatakan puasa 6 di bulan syawal adalah sunnah yang tsabit secara sahih dan sarih daripada Nabi SAW.

Ia berdasarkan dalil daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda,
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
[HR Muslim (1164)]

Clear?

So, kenapa Imam Malik memakruhkan puasa 6?

Mazhab Maliki menetapkan yang hadis ahad tidak boleh diterima terus tanpa disokong amalan ahli Madinah. Imam Malik melihat yang ahli Madinah tidak mengamalkan puasa 6 di bulan Syawal.

Imam Ibnu Rusyd menerangkan tentang fatwa Imam Malik ini, antaranya adalah Imam Malik bimbang orang yang jahil akan menambah hari ke atas bulan Ramadhan, atau beliau tidak mengetahui akan hadith ini, dan yang paling sahih menurut Imam Ibnu Rusyd ialah Imam Malik tidak menganggap hadith ini sebagai sahih.
(Rujuk Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid, 2/71)

Apa pun, yang lebih tepat adalah puasa 6 itu sunnah yang sarih dan sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan diamalkan oleh salaful ummah.

Hari ni kita dah balon makan puas-puas. Rendang, ketupat, kuah kacang, lodeh, laksa Johor dan macam-macam beraneka kuih raya. Esok, jom kita puasa 6. Kita beraya malam. Siang pun panas kan?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.