INI MAZHAB LELAKI KUAT DAN SEJATI LAIN..

I

Ada sorang mamat merentan kat wall aku pasal isu bagi passcode kat bini. Siap tag bini dia lagi. Mungkin dia terasa kot.

Mazhab lelaki kuat dan sejati dia adalah kena kasi passcode dekat bini. Bukan setakat tu, kena declare secara terbuka.

Sebab nanti kalau emergency senang katanya. Mazhab dia tak ajar pasal wasiat barangkali. Mungkin mazhab dia tak membaca kot.

Mazhab dia, lelaki kuat dan sejati kena “paksa” kawan-kawan dia, majikan dan mereka yang deal dengan dia percaya yang bini dia amanah walaupun tak maksum yang bini dia takkan breach communication mereka.

Mazhab dia kata mereka yang tak pandai ajar bini masing-masing tentang hak privacy suami adalah daiyus. Lain sikit dengan mazhab kita yang bukan saja mengajar, bahkan menutup pintu terus.

Anyway, mana-mana lelaki kuat yang terpaksa justify bagi password dekat bini dia, boleh friend dengan dia. Aku faham mazhab korang perlukan solidariti.

Aku dengan mazhab aku. Aku dah justify segala hujah aku. Setakat ini tiada siapa boleh jawab pun. Phone/laptop suami kena lock dan full control suami, phone/laptop isteri kena lock full control isteri.

Suami haram kasi passcode phone/laptop dia, isteri pun haram kasi passcode phone/laptop dia.

Buat ahli mazhab ni, make sure respect kawan-kawan yang pegang mazhab macam aku dengan keluar warning,

“Komunikasi ini mungkin akan dibaca oleh isteri saya kerana saya telah memberikan passcode handphone/laptop saya telah diberikan kepada isteri saya. Saya percaya isteri saya, tapi dia tidak maksum. Mungkin dia akan buka.”

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.