Kawan aku forward video ini. Katanya di Kangar, depan McD. Harap kawan-kawan di Perlis supportlah dia sikit.
Kalau viral, dia berjaya, harap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia pergi groom dia, bukan lanyak dan bunuh dia pula.
Dalam hidup ini, kita taktau apa masalah yang orang lain lalui. Setiap orang ada prinsip mereka tersendiri. Tetapi setiap orang ada satu misi yang sama, iaitu nak survive dalam ujian hidup ini.
Macam brother ini. Kenapa dia berniaga tepi jalan? Mungkin sebab dia takda modal nak sewa kedai dengan komitmen. Harap PBT jangan kacaulah dia. Mungkin juga dia tengah buat market study.
Apa pun, aku suka melihat dia berusaha. Effort is ascent of success. Orang LHDN pernah tak melalui atau terfikir nak suvive camni? Ah, diorang lanyak kita, rakyat marhaen ni, dapatlah bonus hujung tahun nanti.
Ekonomi elok tak elok, covid ke tak, gaji diorang penuh je. Mana diorang faham denyut nadi rakyat marhaen kan?