Dikatakan screenshot ini daripada group yang didiami oleh Dr. Ahmad Kamil dan sahabat-sahabatnya yang terlalu gila tentang al-Mahdi.
Daripada screenshot tersebut, jelas kelihatan tiada ketegasan bahkan hanya suruh hold dulu. Di mana pengingkaran TIDAK BERLAKU.
Maka, masyarakat perlu mendengar pendirian Dr. Ahmad Kamil secara jelas, nyata dan terang tentang isu al-Mahdi yang dibawa oleh sahabat karibnya saudara Ali.
Aku faham, Dr. Ahmad Kamil mungkin banyak terhutang budi dengan Ali. Tetapi, adakah sebagai seorang ahlul hadis, ilmuan, agamawan, dan tokoh masyarakat, budi dan duit di atas kebenaran?
Kemerepekan tentang isu al-Mahdi yang dibawa oleh Ali mesti dihentikan. Samada ada Dr. Ahmad Kamil bersama-sama idea itu atau tidak. Tak usah menunggang agama memberi justifikasi yang menghina akal masyarakat. Sokong atau ingkar. Simple.
Tak perlulah aku ajar metodologi ahli hadis menyikapi idea-idea batil ini. Sebelum ini, dajjal macam Venom lah. Boleh menyerap masuk dalam badanlah. Aku juga tak perlu ajar ahli hadis adab dan limitasi berkawan dan tentang manhaj kebenaran di atas segalanya.
Mungkin aku boleh ajar manhaj memijak dunia, duit, orang kaya dan fulus jika perlu. Aku memang tahu, ini masalah utama kaum lebai dan agamawan. Ini isu prinsip yang perlukan kebebasan akal, jiwa dan poket yang ramai kaum lebai dan agamawan gagal.
Untuk mereka yang bertanya tentang pendidikan saudara Ali di dalam profile-nya, dalam pengetahuan aku, yang medical school itu tidak benar. FAM aku taktau. Itu sebab aku sentiasa meragui keupayaannya memahami sains.
Banyak lagi aku boleh cerita pasal sahabat-sahabat aku ni. Cuma biarlah aku fokus kepada isu al-Mahdi ini. Buat mereka yang mesej, whatsapp dan contact aku. Inilah pendirian aku. Aku tak bersama mereka dalam isu mengarut ini.
Aku menolak segala idea dan pandangan sesiapa sahaja tentang hal al-Mahdi tanpa didasari dengan dalil yang sahih dan sarih, termasuklah idea sahabat-sahabat aku seperti Ali, Adib dan Kamil (jika dia bersama mereka). Pandangan aku ia batil dan menyesatkan.
Jangan samakan aku dengan mereka. Ya, mereka sahabat-sahabat aku. Tetapi kemerepekan ini aku bantah sepenuhnya secara terbuka kerana ia telah disebarkan secara terbuka. Aku harap semua orang aware dengan idea merepek yang dibawa oleh mereka.
cc : Dr. Kamilin Jamilin