ISU SOCSO/PERKESO – MATEMATIKNYA BEGINI!

I

Isu RM200 juta diberikan kepada syarikat baru yang takda pengalaman dalam industri insurance/takaful untuk buat business takaful/insurance. Announce RM100 juta, dapat RM200 juta.

Isu pegawai-pegawai SOCSO/PERKESO yang salah guna kuasa buat projek cashout dana PENJANA. Belum selesai lagi.

Isu claim segala insentif masa covid tu pun huru hara. Tak tahu nak trace dan check macam mana.

Isu claim para pencarum yang dinafikan hak mereka sampai Parti Sosialis asyik lawan je. Naik turun court sampai menang.

Tiba-tiba diorang nak collect lagi daripada orang gaji atas RM4,000 dan untuk isteri-isteri. Aku fahamlah staff PERKESO/SOCSO akan happy, revenue akan naik, diorang dapat bonus, macam-macam benefit diorang dapat nanti.

Panel-panel undang-undang PERKESO/SOCSO banyaklah kes nanti nak hantar LOD. Panel-panel perubatan dan lain-lain, ada new clients. Aku faham puak-puak ni pasti akan menjilat.

Isunya adalah kalau pengurusan PERKESO/SOCSO sangat tahi dan penuh isu. Apa tujuan nak collect dana lagi? Aku tahu diorang boleh justify itu dan ini, demi masa depan kita directly, tapi indirectly diorang nak penuhkan balik tabung diorang yang dah kena rompak dengan pelbagai kecurangan!

Matematik dia mudah saja. Berapa bilangan isteri dalam Malaysia ni? Ada 10 juta orang? Let say lah 10 juta.
10* juta x RM10/bulan = RM100* juta free income masuk setiap bulan.

Kerajaan ni guna akta untuk collect main volume game. 2 bulan dah boleh collect RM200 juta. Dah boleh invest atau fund company kroni-kroni. Boleh buat bangunan tinggi-tinggi. Boleh buat event sesama sendiri joli-joli. Sedang rakyat marhaen merana.

Sebenarnya memang dah jadi tanggungjawab kerajaan menyediakan bantuan perubatan dan support system kepada rakyat Malaysia. Sepatutnya PERKESO/SOCSO yang perlu menjalankan penjimatan terhadap kos operasi, pelaburan dan pengurusan yang baik.

Kalau setakat takda duit je, nak tekan button akta then peras rakyat. Takda guna hire orang pandai-pandai kat atas tu bagi gaji puluh-puluh ribu. Resign jela. Meniaga collect duit secara paksa ni bukan susah mana!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.