Aku dah pernah cerita lama dah. Ini kisah benar. Genuine businessman atau real entrepreneur takkan sanggup hadap birokrasi dana atau geran kerajaan. Bacalah sini balik..
https://www.facebook.com/106639804995509/posts/269677428691745/?d=n
Sambung..
Takkan sanggup jadi barua atau penjilat. Takkan sanggup jadi proksi atau vehicle politikus untuk cashout dana atau geran kerajaan. Takkan sanggup jadi agent cashout orang dalam.
Dalam 100 dana atau geran. Kalau disemak dan di-SCRUT betul-betul, yang layak dan benar-benar bagus ni mungkin 5-10 syarikat sahaja. Selebihnya, kita semua boleh faham-faham sendiri kenapa diorang berjaya.
Tipulah kalau aku kata taktau. Korang taktau. Kita ada kawan-kawan yang kaki geran. Kita tau macam mana diorang cashout duit geran tu. Kita tau bagaimana company yang tak layak, tak audit, hanya pakai PLT sahaja diorang boleh approve. Dalam keadaan company takda business pun lagi.
Aku tak marah dan tak bising pun budak-budak kaki jilat ni dapat geran atau apa-apa dana pun. Asalkan matlamat tercapai atau business tu berjaya, oklah. Tapi kalau nak sembang gebang pandai busines, middle finger-lah. Company sendiri tak pernah audit, nak ajar dan nak ulas pasal business? Kau business pun jilat slurrpp-slurrpp je.
Tapi kalau kau cashout, business sontot, memang sangat shit lah. Yang lebih shit, kau pertahankan pula yang tersontot tu sebab kau sendiri pun akan sontot nanti. Ya, kau dan dia masing-masing penjilat yang tolong puak-puak tu cashout. Kaki jalan akan jilat sistem yang telah korup. Sebab apa?
“Birds of a feather flock together.”
Maksudnya : Penjilat dengan penjilat, sembang terbang gebang like pig could fly..
Duit geran daripada kerajaan adalah duit rakyat, duit investment daripada badan atau agency kerajaan juga duit rakyat. Kalau kau buat rugi, kau tak kasi dividen. Kalau takda dividen, macam mana dividen ASB nak banyak?
Gunalah otak. Takkan jadi penjilat, sampai otak pun jadi lidah.
Jijik!