Jama’, qasar dan jama’ qasar. Sama tapi tak serupa! Serupa tapi tak sama!

J

Kisahnya bermula ketika tahun pertama aku di Adelaide, aku bersama rombongan dakwah kaum aborigin sedang dalam perjalanan merentasi padang pasir. Jarak perjalanan lebih dari 1000km.

Rombongan ini dipenuhi dengan ahli mazhab Hanafi. Maka ketika berhenti rehat untuk solat, mereka hanya melakukan qasar. Jadi, dalam perjalanan siang, kami akan berhenti 2 kali untuk qasar solat.

Apa yang aku belajar di Malaysia, bila musafir atau bersafar, kita boleh melakukan jama’ dan qasar sekaligus. Aku bertanya kepada ketua rombongan, jawapannya dalam mazhab Hanafi tiada jama’ + qasar.

Pulang dari permusafiran tersebut, aku mula mengkaji perbezaan ini. Maka aku simpulkan, khilaf ini terjadi terhadap usul mazhab dan kefahaman terhadap hadith yang terlibat.

—-

Secara ringkasnya..

.

.

Qasar

Memang jelas ia adalah rukhsah ketika bersafar melalui dalil dari Quran.

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا

“Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu men-qasar solat(mu), jika kamu takut diserang orang kafir.” (An Nisa’: 101).

—-

Jama’

Selain dari rukhsah ini diberikan ketika sedang bersafar, ia juga dibenarkan ketika hujan, dalam ketakutan dan kesulitan.

Hisam bin Urwah mengatakan,

أَنَّ أَبَاهُ عُرْوَةَ وَسَعِيْدَ بْنَ المُسَيَّبَ وَأَبَا بَكْرٍ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنَ الحَارِثِ بْنَ هِشَام بْنَ المُغِيْرَةَ المَخْزُوْمِي كَانُوْا يَجْمَعُوْنَ بَيْنَ المَغْرِبِ وَالعِشَاءِ فِي اللَّيْلَةِ المَطِيْرَةِ إِذَا جَمَعُوْا بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ وَلاَ يُنْكِرُوْنَ ذَلِكَ

“Sesungguhnya ayahnya (Urwah), Sa’id bin Al Musayyib, dan Abu Bakar bin Abdur Rahman bin Al Harits bin Hisyam bin Al Mughiroh Al Makhzumi biasa menjama’ solat Maghrib dan Isya’ pada malam yang hujan apabila imam menjama’nya. Dan mereka tidak mengingkari hal tersebut.” (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubro 3: 169).

Dari Ibnu ‘Abbas, dia berkata,

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِى غَيْرِ خَوْفٍ وَلاَ مَطَرٍ

”Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pernah menjama’ solat Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isya’ di Madinah bukan kerana keadaan takut dan bukan pula karena hujan.”

Dalam riwayat Waki’, dia berkata, ”Aku bertanya pada Ibnu ’Abbas mengapa Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam melakukan seperti itu (menjama’ solat)?”

Ibnu ’Abbas menjawab, ”Beliau melakukan seperti itu agar tidak memberatkan umatnya.”

Dalam riwayat Mu’awiyah, ada yang berkata pada Ibnu ’Abbas, ”Apa yang Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam inginkan dengan melakukan seperti itu (menjama’ solat)?”

Ibnu ’Abbas menjawab, ”Beliau ingin tidak ingin memberatkan umatnya.” (HR. Muslim no. 705)

—-

Jama’ + Qasar

Ketika bersafar, kau berasa sulit. Maka terjadilah jama’ + qasar yang dibenarkan
dalam mazhab Syafie. Ia diperkuatkan dengan atsar ini,

Dari ‘Abdurrahman bin Yazid, ia berkata,

صَلَّى بِنَا عُثْمَانُ بِمِنًى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فَقِيلَ ذَلِكَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ فَاسْتَرْجَعَ ثُمَّ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِمِنًى رَكْعَتَيْنِ وَصَلَّيْتُ مَعَ أَبِى بَكْرٍ الصِّدِّيقِ بِمِنًى رَكْعَتَيْنِ وَصَلَّيْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ بِمِنًى رَكْعَتَيْنِ فَلَيْتَ حَظِّى مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَانِ مُتَقَبَّلَتَانِ

“Uthman pernah solat bersama kami di Mina sebanyak empat raka’at. Hal itu lantas diceritakan pada ‘Abdullah bin Mas’ud, kemudian Ibnu Mas’ud beristirja’ (mengucapan: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un).

Kemudian Ibnu Mas’ud berkata, “Aku pernah solat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Mina sebanyak dua raka’at, bersama Abu Bakar As-Siddiq di Mina sebanyak dua raka’at, bersama ‘Umar bin Al Khattab di Mina sebanyak dua raka’at. Andai saja ‘Utsman mengganti empat raka’at menjadi dua raka’at yang diterima.” (HR. Bukhari no. 1084 dan Muslim no. 695)

—-

Dengan dalil-dalil inilah para ulama’ menggunakannya untuk berfatwa para doktor bedah yang melakukan pembedahan lebih 5 jam untuk jama’ solat, tentera yang menjaga sempadan, guard yang menjaga kawasan dan banyak lagi.

Jauh perjalanan luas perkenalan, tapi aku tetap pulang ke Malaysia walaupun lebih sukar rupanya tinggal di Malaysia.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.