JANGAN BUKA AIB PASANGAN..

J

Ini pengalaman aku. Aku sendiri terlibat. Terlibat join mengejek. Biasalah. Sebagai anak jantan dalam sekolah, mengejek orang adalah skill yang diperlukan selain bergaduh.

Ceritanya begini. Masa aku sekolah, ada satu cikgu laki ni. Dia ni memang gila-gila sikit. Memang lawak juga. Masa sesi pengenalan, dia suruh sebut nama mak dengan ayah, dan mereka asal mana. Ada seorang budak ni dia kenal parents dia.

Aku pun dah tak ingat. Korang nak kena tahu, budak-budak zaman ni nak ejek orang macam-macam cara. So, nak dijadikan cerita, cikgu tu cakap,

“Mak awak dulu “gopren” saya.”

Sampai situ saja. So, ayat membahan awal adalah “anak cikgu”, “muka sama”, “anak angkat” cikgu. Makin lama, makin rancak ejekan tu. Sampai ke diejek “mak kau skandal cikgu x”.

Zaman aku tu, ada Mastika dan Kisah Besar. Ini tabloid sampah yang dibaca oleh budak-budak zaman tu. Suatu hari, bila budak tu melawan, ejekan berubah kepada “mak kau penzina”.

Maka kekebalan budak tu akhirnya tumpas dan terobek. Dia menangis. Report mak dia. Habis kami semua kena panggil. Perangai aku pula, bila aku tak ejek camtu aku pun kena panggil. Memang aku join jugalah. (Semoga Allah ampuni aku.)

Ejekan makin lama makin ekstrim, sampai tahap ada member aku panggil “mak kau chor” iaitu “mak kau pelacur”. Aku ni zaman sekolah tak masuk kelas sangat, selain memonteng, aku juga atli, so selalu takda di sekolah.

Tiba-tiba aku dengar cerita budak tu tikam founder “mak kau chor” dengan pen dekat dada tepi bahu lepas hilang kewarasan. Akhirnya, mak dia tukarkan dia ke sekolah lain. Hantar kampung. Kaunselor kasitau budak tu depression teruk.

Sejak hari itu. Aku tak join dah ejek-ejek parents orang ni. Tapi ada je puak-puak yang suka ejek-ejek parents ni. Aku dengar je. Dah nama budak-budak kan. Pastilah ada yang nakal, ada yang nerd. Ada yang liar ada yang lembik.

Hari ini aku terfikir. Zaman ini penuh dengan video dan tulisan. Dunia digital yang diviralkan. Aku tak boleh bayangkan macam mana anak-anak ni akan hadap rekod-rekod parents mereka yang ada. Lebih-lebih lagi rekod yang parents mereka sendiri tulis.

Mak dan ayah bergaduh direkodkan dan ditayangkan ke seantero dunia dalam dunia digital dan diviralkan. Data itu telah dikongsikan ramai. Nama mereka terpahat. Siap dengan nama anak. Aku tak boleh bayangkan kalaulah ia dibangkitkan semula untuk sebuah troll, ejekan dan parody. Apalah jadi dekat anak tu. Kan?

Kalau dulu hanya dengan perkataan saja boleh dibuat bahan. Aku tak boleh bayangkan kalau ada video dan tulisan daripada tuan empunya badan yang terlibat. Semoga kita semua ambik iktibar.

Kita tak hidup hanya untuk hari ini. Kita juga tak tinggal dengan diri kita sahaja. Dunia ini bukan hari ini, aku dan kau sahaja.

Fikir-fikirkanlah..

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.