JANGAN “HISAP GAM” MASA TULIS KOMEN!

J

Haha!
Inilah contoh generasi yang malas membaca. Malas mengkaji. Sebab itu komen-komen dia dah macam orang “hisap gam”.

Tenang, cuba baca posting-posting lain. Jangan gelojoh nak kecam orang. Kau tak dapat duit pun gelojoh camni. Takda orang nak derma dekat kau pun kalau kau gelojoh macam ni.

Isu pengkhianat negara ni bukan isu baru. Bukan baru hari ini timbul. Aku dah sebut lebih 10 tahun lalu. 10 tahun lalu ada masalah penempatan kerja ke?

Takpa. Yang grad tahun 1990, tahun 1995, tahun 2000, tahun 2010. Pun ada yang tak balik. Buat apa sana? Pakar. Takkan yang dah 20 tahun tak habis lagi? Krisis penempatan berlaku tahun 2016. Jadi, yang sebelum-sebelum ni apa alasan?

Ah, inilah akibat hisap gam terlebih campur plastik. Benda aku dah ulang banyak kali. Tapi takpa, orang hisap gam ni, biasalah slow sikit. Sebab tu dia sanggup merepek-repek di wall orang.

Isunya mudah,
“Kalau diorang pergi belajar dulu pakai duit Tokwan diorang, taknak balik pun takpa. Tapi kalau pergi belajar dulu, pakai duit negara, duit rakyat, diorang ada kewajipan, hutang dan tanggungjawab berbakti kepada negara.”

Itu prinsip asasnya.
Kalau negara ada isu, mintalah pelepasan. Apa masalah. Hal yang aku bangkitkan adalah mereka yang dah tak ingin nak balik dah. Takda kena mengena dengan sesiapa secara spesifik. Siapa makan cili dia rasa pedas.

Secara prinsip, mana-mana negara yang keluarkan biasiswa pasti mengharapkan penerima pulang dan berbakti kepada nusa dan bangsa. Kalau tidak, dia dianggap pembaziranlah.

Tolong faham isu. Jangan melalut pergi ke side story. Buat ad hominem, red herring, smoke bomb dan cherry picking.

Come on! Takkan kita bayar anak kita belajar tinggi-tinggi, dah berjaya dia serve orang lain?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.