Bila aku nasihatkan jangan sembah ulama’, lebai atau agamawan maka aku nak kasitau yang mereka itu tidak maksum. Mereka melakukan kesilapan dan kau jangan mencari helah nak mengatakan mereka betul. Salah tetap salah!
Setiap kali aku mengkritik kaum agamawan, akan datang “penyembah” mereka yang akan menyerang aku balik. Hal ini telah membuktikan mereka memang “menyembah” individu atau kumpulan tersebut. Seolah-olah kesalahan dan kesilapan mereka boleh didiamkan atau disapu ke bawah karpet. Supaya mereka dilihat tidak bersalah!
Mengkuduskan atau mentaqdiskan ulama’ adalah masalah besar yang akan menghancurkan agama. Ulama’ itu dimuliakan tapi bukan disucikan. Ulama’ bukan Nabi, kata-kata dan perbuatan mereka diterima dan ditolak. Mereka bisa melakukan kesalahan dan kesalahan mereka perlu dikritik! Itu syiar kau tidak mentaqdiskan ulama’ pada pandangan aku.
Sikap bersangka baik yang berlebihan dan sentiasa mentakwilkan kesalahan mereka kepada kebenaran adalah ciri-ciri mengkuduskan ulama’. Sehingga kelihatan mereka tidak boleh salah.
Kau lihat contoh manusia di bawah ini, disebabkan aku mengkritik sekumpulan asatizah yang dia sucikan, aku dipanggil penyembah Lim Kit Siang! Sikap ghulu melampau sebeginilah yang menjadikan aku sentiasa mengingatkan diri aku dan semua orang yang kebodohan begini harus ditentang dan dilawan!
Lihat sahaja budak ini, konon mencintai ulama’ sampai sanggup tuduh aku sembah Lim Kit Siang, tetapi dia sendiri mensyiarkan maksiat yang dia buat. Berdating sebelum nikah itu syiar yang patut kau laungkan ke?
Jadi kebejatan dan projek pembodohan umat ini wajar ditentang!