JANGAN SUPPORT SCRUT!

J

Jangan dan jangan!

Walaupun Scrut Auto milik anak Melayu yang hensem lagi awesome. Tapi jangan support sebab mereka Melayu! Jangan!

Aku setuju jika menjadikan Melayu dan Islam sebagai agenda ekonomi ummah bagi setiap individu. Ia tiada isu.

Tetapi perjuangan ini biasanya ditunggang oleh mereka-mereka yang mengambil kesempatan ke atasnya.

Lagipun bukan semua business perlukan support menggunakan agenda bangsa dan agama. Macam SCRUT, kami sudah terlalu niche, kami pejuang integriti.

Apa bangsa dan agama pun mahukan integriti. Lebih-lebih lagi agama Islam yang sangat menitik beratkan hal integriti.

Lihat sahaja apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh BMF hari ini. Di mana mereka? Apakah mereka masih konsisten? Yang pasti beberapa tokoh mereka sudah melalut.

Ada yang masuk MLM Korea, ada yang panggil tauke Cina jadi ustaz, ada yang jadi penjilat scammer PhD dan susu Cina. Kan?

Jadi, jangan support SCRUT sebab ia business milik Melayu. Gunakan SCRUT untuk mencapai matlamat integriti. Ia jenama integriti, ia brand rakyat dan ia lambang perjuangan rakyat.

Kalau taknak percaya SCRUT takpalah. Boleh percaya orang lain. Tapi kalau betul nak support SCRUT. Bayarlah lebih, bukan minta diskaun atau kecewa bila harga servis SCRUT naik dengan bagi alasan “baru nak support”.

Takpa, jangan support kami!
Kami jual value, kami tak jual sentimen bangsa..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.