Jual Gelaran Agama Untuk Scam

J

Apabila sekumpulan penulis kami, dengan nama pena Maulana Krypto menjawab dan mempertikaikan keabsahan dan kefahaman uslub syariah #ustazscam Abdul Aziz Lariba, ramai yang cuba mempertahankan beliau. Sehingga kami menjemput beliau untuk diuji kefahaman dan keilmuannya. Jelas, beliau takut untuk memberi respon. Sehingga kini beliau diam membisu.

Hari ini, seorang #ustazreal, Abdel Rahmanov, menulis secara jelas dan tuntas betapa Ustaz Lariba adalah ustaz fake dan tidak faham tentang fiqh. Beliau bukanlah orang pertama yang meluahkan kemerepekan dan bahaya yang dibawa Ustaz Lariba. Beliau juga pemilik PhD dalam bidang muamalat.

Motif menggunakan gelaran “Ustaz” sama sahaja seperti Azizan Osman menggunakan gelaran “doktor”. Semua ini hanyalah atas tujuan marketing bagi menarik kepercayaan dan menanam keyakinan kepada audien. Kami tidak anggap ia sekadar nama pena kerana poster-poster yang dikeluarkan di web dan page beliau sendiri bertulis “Ustaz Abdul Aziz”.

Semua sedia maklum apa yang Azizan Osman ajarkan adalah baik. Tetapi penipuan terhadap gelaran untuk meraih laba dan pengikut adalah sebuah #scam. Ustaz Lariba jauh lagi dahsyat, walaupun dia sedar dia tiada kemampuan seorang #ustazreal bukan juga graduan syariah atau usuluddin, tetapi tetap mahu menggunakan gelaran ustaz. Bahkan lebih teruk dari Azizan Osman, kerana ajarannya salah secara fatal. Lebih-lebih lagi ia melibatkan halal dan haram yang terkait dengan dosa dan pahala.

Jika Azizan Osman digelar scammer. Amat wajar juga Abdul Aziz Lariba dipanggil #ustazscam atau #ustazfake. Semoga kita semua dijauhkan dari scam, penipuan dan juga #ustazscam. Kami cadangkan 1 gelaran yang lebih baik, PAR Abdul Aziz. Apa itu PAR? Pejuang Anti Riba. Atau, TM Abdul Aziz. Apa itu TM? #TalibanMuamalat.

#bittaufiq

copy paste dari coin.my..

https://www.facebook.com/abdel.rahmanov.1/posts/1840847569291197

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.