JUMPA TUN M dan TD

J

Selepas kemenangan PH, ada beberapa sahabat datang jumpa aku untuk kami siapkan proposal bagi menjadikan Malaysia negara mesra kripto dan blockchain technology.

Ya, syarikat kami adalah antara blockchain pioneer developer di Malaysia. Zaman orang semua fikir Bitcoin tu scam kami dah ambil payment pakai Bitcoin. Buat macam-macam project crypto untuk orang luar negara. Masa tu sifu-sifu kewangan pun masih bebal tentang Bitcoin. Sekarang ni sibuk share refferal Luno. Ceh!

Kami jadikan coin.my tempat kami berkongsi ilmu dulu. Dengan tagline, Today’s knowledge, Tomorrow’s wealth. Aku telah memahamkan ramai pakar-pakar kewangan Islam tentang apa itu Bitcoin, crypto dan blockchain technology. Siap tulis buku lagi.

Dalam proposal tersebut telah ditulis tentang revenue yang bakal diterima negara mencecah hampir RM100B setahun. Ketika itu harga Bitcoin dalam USD10k gitu je kot. Or maybe less. Proposal aku tak minta duit kerajaan seposen pun, tapi hanya minta dibuat new policy.

Malangnya Tun M tak faham, pass kat TD dan Guan Eng. Guan Eng pun tak faham juga, dia pass kat BNM, BNM pass kat SC. Tun M pass kat Tun Daim. Kemudian, Allah takdirkan aku kenal dengan market wizard, diambil menjadi waris, so aku abaikan jela idea ni. Lagipun, aku bukanlah jenis pelobi + penjilat. Orang taknak, aku blah je.

Aku campak je dalam tong sampah proposal tu. Lagipun, aku rasa dah terlewat untuk Malaysia nak masuk. Dulu, masa aku present, aku duk ulang ayat ni.

“Malaysia is always late, wait and see nation. Once the technology dah saturated, tepu, baru nak masuk. Singapore just being friendly je dah collect puluh billion dari this technology..”

Hari ini dah jadi kenyataan..Ada orang kata aku sembang kosong. Aku ni jenis tak ambil gambar dengan orang. Tapi adalah snap curi-curi. Tak percaya apa aku cerita? Takpalah..

Gambar 1 : proposal tersebut.
Gambar 2 : masa jumpa Tun M.
Gambar 3 : view masa kat top floor Menara Ilham.

Siapa tahu top floor Menara Ilham ada apa?

😜

—-

Aku pernah tulis pasal Bitcoin, blockchain technology dan crypto ni tahun 2017 lagi

Jemput beli, tinggal sikit je tu..
https://ifmal.com/…/50-dalil-kenapa-anda-wajib…/…

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.