JUSTICE DELAYED IS JUSTICE DENIED!

J

Apa khabar semua? Dah mandi? Dah wangi-wangi? Dah solat? Kalau tak solat aku nak tunjal dahi korang untuk halau syaitan. Tapi kalau korang degil, aku pergi kuliah PAS dulu, balik aku rotan korang! Takbir!

Pagi tadi memang drama, aku difahamkan yang kesemua peguam-peguam Siti Bainun menarik diri dengan alasan-alasan yang super cliche. Orang yang biasa naik turun court boleh baca dah. Ini cara nak men-delay-kan perbicaraan.

Aku juga pernah mengalami perkara yang sama, 3 orang peguam di pihak lawan secara tiba-tiba kena cirit birit serentak. Maka perbicaraan terpaksa ditangguhkan. Sebenarnya 3 orang peguam kena cirit birit serentak ni, pada aku dah tak logik. MC pun dari klinik swasta saja. Walhal dalam peraturan kena MC kerajaan.

Maka lagi tak logik apabila 10 orang peguam pula kena cirit-birit serentak. Maka pagi tadi kesemua peguam Sit Bainun menarik diri, yang mewakili mereka di hadapan hakim ialah “gopren” aku yang hebat. Kita ketepikan dia. Dia ada alasan yang munasabah.

Tetapi apabila mendengar hakim berang dengan tindakan mereka yang melakukan hal tersebut last minute, aku merasakan hakim sangat kecewa dengan perangai peguam-peguam Siti Bainun. Dulu bukan main meriah, ini hari sendu.

Alasan mereka kononnya sibuk, clash jadual, dah beli tiket bercuti dan lain-lain. Walhal tarikh yang ditetapkan dipersetujui oleh mereka sebelum itu. Yang mereka sebenarnya sudah tahu. Aku rasa itu yang menyebabkan hakim sangat kecewa.

Hakim siap cakap yang hantar surat hanya Hafizah. Yang lain kasitau saja. Itu pun Hafizah kasitau dia busy sampai bulan 4, seolah-olah mengarahkan hakim follow masa dia. Nanti aku cerita kenapa bulan 4. Hakim siap cakap,

“Tapi awak yang bagi beberapa tarikh ini kan?”

Peguam yang hadir jawab,
“Sebab peguam lain tarik diri, saya tak boleh proceed..”

Yang lain tak hantar surat. Dalam rekod hakim, Asiah dan Farhan belum hantar surat. Hakim siap cakap lagi, kalau betul lah clash kenapa taknak tulis surat awal-awal, bagitau clash dengan kes mana. Dia boleh berhubung dengan mahkamah tersebut untuk tengok mana lagi penting.

Steady gila hakim!

Tapi malangnya, tiba-tiba semua lari. Bagi alasan yang macam sama. Semua sibuk. Ada kes lain. Wow! Wow! Wow! Macam tiba-tiba tak penting pula kes Siti Bainun ni.

Sebenarnya diorang dah cuba men-delay-kan kes ini banyak kali. Buat permohonan mencabar keputusan hakim. Gagal. Dah pakai mc 22 hari. Entah apa lagi pula. Aku rasa peguam baru masuk nanti yang buat permohonan cabar keputusan hakim, Cyril ke apa nama dia. Dia pun akan minta tangguh konon nak tengok dokumen. Walhal dia yang buat permohonan cabar keputusan hakim. Kita tengoklah nanti.

Buang masa mahkamah adalah buang duit rakyat. Hakim dan mahkamah ditanggung oleh rakyat. DPP yang dibayar rakyat dan lagi banyak kes dengan gaji sama pun boleh commit. Apa punya selekehlah perangai buat macam tu. Korang sebagai rakyat marah tak duit korang dibazirkan begitu sahaja?

Apabila aku mendengar bulan 4. Aku tertanya-tanya, kenapa bulan 4. Tahun lepas beriya-iya diorang dengan peguam Hafizah buat video sound rakyat Malaysia yang sokong Bella. Kemudian panggil Zakki dan Shittah pula buat propaganda. Zaki dengan Shittah pun tak datang sokong Bainun tadi.

Aku sebenarnya dapat rasa itu semua drama nak tangguh kes je. Biasalah. Dah tau nak kalah. Cumanya macam bacul sangat. Kasi habislah pembelaan. Kata bertauliah, hebat dan berpengalaman. Kata dah tau segala hal dan kebenaran. Tiba-tiba tercirit awal.

Anyway, aku nak berspekulasi sikit. Kenapa bulan 4 baru free. Aku tiba-tiba teringat yang AG akan habis kontrak dalam bulan 3 tahun ni. Maka, AG baru daripada kerajaan Anwar dan Zahid akan dilantik nanti. Maka mungkin ada peluang dan ruang.

Korang ingat kes banglo Lim Guan Eng? Tengah jalan. Tukar kerajaan. Tukar AG. Peguam Guan Eng buat permohonan menggugurkan kes tersebut kepada AG dan DPP bersetuju tanpa bantahan. Maka Guan Eng dilepaskan.

Aku hanya berspekulasi saja. Jika berlaku, aku dah kasitau..

Kesian adik Bella, nak dapatkan keadilan punya payah..;(

#JusticeForBella

https://www.facebook.com/watch/?v=3439254069691084

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.