#Justice4Anwar #Justice4All

#

Selain dari button #Justice4Anwar gambar mata lebam, beg sekolah gua juga ada #Justice4All muka seorang cina bernama Guan Eng.

Guan Eng dikatakan dipenjarakan oleh regim Tun M ketika itu kerana cuba membela seorang gadis bawah umur yang dikatakan dirogol oleh CM Melaka ketika itu iaitu Rahim Tambi Chik.

Sebagai anak bekas ketua cawangan PAS ketika itu, gua diberi kesempatan untuk mendengar sendiri kisah nenek dan gadis itu secara “live” secara tertutup. Mereka juga diusung di ceramah-ceramah ketika. Secara tiba-tiba, selepas itu mereka hilang dan mendiamkan diri.

Gua berpandangan sudah-sudahlah Gua Eng keluarkan “press release”, eloklah beliau fokus untuk menyelesaikan masalah. Itulah tujuan kerajaan ditukarkan. Jika sekadar kempen nak bagitau kesilapan kerajaan dahulu, 3 penggal pun takkan habis.

Seorang pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah sambil menggerakkan jentera yang sedang dibaiki. Ibarat sambil berlayar dan membaiki kapal yang sedang rosak dek kerana kesilapan nakhoda sebelumnya.

Jika terus menerus menyalahkan nakhoda sebelum itu, bagaimana kapal yang hampir karam hendak diselamatkan? Bagaimana misi dan visi pelayaran dapat diteruskan dengan jayanya?

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz ketika mengambil alih tampuk pemerintahan juga melalui fasa membaiki dan terus mengemudi. Jadi, gua harap Guang Eng tidak perlu pandang ke belakang, move forward. Jangan biarkan kapal karam disebabkan makhoda yang lepas.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.