Agama Islam agama yang lengkap dan syumul. Sudah pasti tiada paksaan dan tekanan terhadap sesuatu perkara muamalat. Bila ada jalan masuk, pasti ada jalab keluar. Apabila jalan masuk itu sunnah, jalan keluar itu juga sunnah.
Apabila jalan masuk itu harus, jalan keluar juga sunnah. Begitulah indahnya Islam. Tidak memaksa umatnya untuk kekal di dalam keadaan yang tidak selesa.Sama seperti nikah.
Ada nikah, ada talak. Sampai talak ada satu surah khas. Mengajar do’s and dont’s. Itu sebab aku sentiasa berpendirian, nikah adalah syariat, cerai juga syariat.
Tapi, macam biasa akan muncul beberapa manusia yang akan merentan, melalut dan keluar tajuk. Mungkin kerana dia pernah menjadi mangsa lelaki loser. Yang menarik, siap quote hadis yang tak biasa digunakan dalam bab talak.
Hadis Muslim no. 2813 yang menceritakan tentang effort syaitan membuatkan manusia bercerai diletakkan oleh Imam Nawawi dalam bab bagaimana syaitan menghasut umat manusia dan setiap manusia mempunyai qarin.
Kenapa syaitan atau iblis happy bila manusia bercerai? Sebab mereka tahu ramai yang tidak redha, merentan dan meroyan. Dosa-dosa baru akan keluar tanpa dihasut. Hadis tersebut ada konteks lain.
Kalaulah talak itu dibenci Allah, maka Nabi tidak akan bercerai dengan Hafsah kerana marah. Para sahabat dan sahabiyah tidak bercerai. Umar tidak menyuruh anaknya menceraikan isteri yang dia tak suka. Hadis-hadis yang menyatakan bergegar arasy, tuhan benci, itu semua tidak sahih!
Ketika hijrah kaum Muslimin ke Kota Madinah, kaum muhajirin rela menceraikan isteri-isteri mereka untuk diberikan kepada kaum ansar. Jika cerai itu dibenci tuhan, kenapa Nabi tidak menghalang?
Boleh rujuk tulisan lama aku di sini..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=385479136052605&id=100037715657121
Point aku mudah je. Kalau orang dah tak suka kita. Buat apa kau nak paksa dia tinggal dengan kau, dan stay dengan kau. Kalau kau tak suka pasangan kau, kenapa kau nak hold dia lagi. Lepaskanlah. Takkanlah tak pernah dengar slogan,
“Cinta atau sayang tak semestinya memiliki..”
Cerita pasal tak dapat hak, tak bayar nafkah, itu dan ini, kau lawan jela dalam mahkamah. Takda kena mengena dengan tulisan aku. Pandangan akulah, kalau lepas bercerai dia tak jalankan apa yang Allah dan Rasul arahkan, aku percaya ketika dalam perkahwinan pun dia memang sampah.
Daripada kau hidup dengan sampah, baik kau buang sampah tu. Sudah-sudahlah merentan dan nak tunjuk kau tu masih tak boleh move on. Berdamailah dengan takdir.
Baca lagi.
.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=207610648231757&id=106639804995509
Dan ini..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=295090191758167&id=100037715657121
Fahamkan naratif, substance yang aku nak sampaikan. Buang kisah dan pengalaman ngeri terkahwin dengan lelaki loser. Tak payah beriya-iya sangatlah nak spam wall aku dengan hujah dangkal dan off topic tu. Ingat semua laki sama macam mantan kau ke?