KALAU ZAHID HAMIDI JADI TPM DAN KEMBALI MENJADI TPM DAN MENTERI KDN..

K

PRU15 adalah kekalahan terburuk Umno-BN selepas dilihat bangkit dalam beberapa siri PRN sebelum ini. Tetapi ianya tetap kemenangan buat Zahid.

Zahid memang seorang jeneral perang yang bijak. Kalau BN menang tempoh hari, dia pun menang, Umno-BN pun menang. Yang clear, mungkin takda jajaran baru.

Malangnya kalah. Tetapi Zahid dah sediakan plan B kerana dia tahu Muhyiddin dan PN taknak terima kluster mahkamah. Yang ada kluster mahkamah adalah PH. Mereka ada same interest, same desire, same agenda.

Kalau masuk PN, mungkin Zahid akan kena tanam. Melihat apa yang terjadi kepada Najib Razak. Tapi kalau dia pulang ke pangkuan Cikgu Anwar dia. Mungkin dia ada ruang bernafas. Paling tidak pun Anwar masih tiada track record buat hal lagi. Najib Razak punya page pun dah macam pro-PH.

Anwar ni dalam hidup dia, dia nak jadi PM saja. Sekarang ini, Zahid telah tolong dia jadi PM. Takkan dia tak bagi apa-apa. Anwar mesti kena bagi Zahid kuasa untuk kawal dan control Umno balik. Kalau tak, akan ada yang memberontak. Betul tak? Dan dah ada ura-ura Umno sendiri cadang Zahid paling layak untuk ke TPM.

Kita patut respect Zahid Hamidi ini bermain politik. Apa yang aku tulis sebelum ini macam benarlah apa yang kita baca gerakan jajaran baru ini. Rujuk :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=219488747077193&id=100070482068557&mibextid=qC1gEa

Itulah yang Thomas Sowell sebut,
“Politics is the art of making your selfish desires seem like the national interest.”

Dia sebenarnya nak selamatkan tengkuk dia, nampak macam dia nak selamatkan parti dan selamatkan negara. Sekarang, negara stabil. Ada PM dan kerajaan perpaduan yang ada 2/3 kerusi di parlimen. Betul? Itulah jasa dia.

Aku bukanlah peminat Zahid Hamidi, bahkan aku mengkritiknya dan menjalankan SCRUT ANALytica terhadapnya. Bezanya, dia tidak melantun. Memang betul dia ialah orang yang ada wisdom dalam politik. Dia chill je.

Cumanya, aku nak tulis juga di sini. Dalam politik tiada persahabatan, tiada prinsip, dan tiada jati diri. Hal ini dibuktikan dengan kes kawan makan kawan, langgar prinsip, helah, dan dalam meeting lain, keluar jadi lain. Mungkin Zahid boleh dikhianati juga dalam politik. Karma itu ada.

Disebabkan Syed Saddiq, Rafizi Ramli, Mat Silau, kawan-kawan dalam parti Gps, Muda, Umno, Pkr, Dap, dan penyokong BN-PH telah sepakat yang kleptokrat sudah tiada, Mat Sakau sudah tiada dan sudah bersih.

Sebagai tanda menyokong pendirian PM10, Gps, Muda, Umno, Pkr, Dap dan penyokong BN-PH, aku dah rekrut beberapa anak muda untuk meraikan kejayaan korang dan Zahid Hamidi yang berjaya menstabilkan kerajaan Malaysia yang baru in dengan ucapan..

ps : Harap aku dapatlah jawatan PTTK mana-mana menteri macam Liyana Marzuki tu dapat dulu. 😜

#NonPartisan
#SayangSemua
#SayangNegara
#AllahSyayang
#MakanKeliling
#TembakKeliling
#TakkanMenjilat

https://www.facebook.com/watch/?v=1475264482982347

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.