KAMI MAJIKAN-MAJIKAN YANG TERSAKITI NAK BERGURU DENGAN SIAPA..

K

“Bro, kau kena buat macam ni, macam tu. Kita sebagai majikan kena macam ni, macam tu..”

“Tuan, tuan kena ikut ISO, kena itu, kena ini. Keluar surat.. Bla bla bla..”

“Bang, abang tak boleh macam ni, abang kena macam gini. Sebagai majikan.. Bla bla bla..”

Aku reply,
“Bro, apa nama company? Business apa? Dah berapa lama? Office dekat mana? Staff berapa orang? Kami nak datang visit dan berguru dengan hang.. Boleh?”

Lepas tu.. Krik krik krik..

Atau..

Dia blame kita balik..

Macam nilah abang, adik, kakak, tuan dan puan, apa yang korang cakap tu betul, cuma kami nak belajar cara korang implement secara praktikal.

Kami nak belajar dengan orang yang walk the talk. Yang sama industri, sama bidang, sama size dan sama masalah. Kami nak begurulah.

Dia macam ni. Semua orang tau beranak normal sakit. Tapi setiap kelahiran itu berbeza dan orang yang tak pernah beranak takkan tahu sakitnya macam mana.

Betul tak ibu-ibu awesome sekalian?

Begitu juga pengurusan syarikat dan jadi majikan. Orang dekat luar boleh suggest dan boleh suruh itu dan ini.

Cuma dia takkan faham selagi dia takda company dan tak jadi majikan yang sama scale dan sama size dengan kita. Yang bermula di garisan yang sama.

Itu sebab kami nak berguru dengan mereka-mereka yang benar-benar proven berjaya dan walk the talk apa yang dia cakap.

Betul tak rakan-rakan usahawan sme, startup dan kartel majikan sekalian?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.