Aku ni anak orang miskin. Miskin bandar. Masa aku muda-muda dulu, biasalah mana faham. Kita nak macam-macam yang kawan-kawan kita ada. Ini masa sekolah rendah lah.
Jadi, aku sentiasa belajar rajin-rajin untuk demand reward. Takyah ceritalah markah 100%, no 1, top student, wakil negeri, wakil Malaysia. Semua tu aku dah merasa zaman muda mudi.
Aku nak cerita benda ni. Suatu hari aku ikutlah mak aku pergi beli kasut raya, dah pilih-pilih, bayar. Balik rumah warna sebelah lain, sebelah lain. Jilaker nyonya tu salah letak. Mak aku malas nak return balik.
Aku dah mengamuk-ngamuk. Mak aku slumber je kata,
“Takpa, kau kata je ini fashion terbaru!”
Tapi kena ejek dengan kawan-kawan. Balik aku buang je kasut tu.
Tersalah beli baju senang kedut,
“Takpa, ini fashion retak..”
Sampailah aku form 1, aku tak pernah ikut apa-apa scene, fashion, atau trend. Skinhead lah, Grunge lah, Hiphop lah, aku tak pernah terpengaruh.
Aku pergi sekolah pakai kasut Pengguin je. Jimat RM10 je. Pergi surau senang, masuk pusat sumber mudah. Lepas tu ramai follow pula. Dah jadi trend kasut Bruce Lee. Tapi lepas aku mula agresif dengan aktiviti luar, aku pakai highcut. Kasut takraw brand Warrior.
Aku pergi sekolah tak pakai minyak or jel rambut, cikgu kata tak kemas, kena maki. Rupanya fashion grungey. Aku terus gondolkan kepala, junior-junior aku follow. Kawan-kawan aku follow, pengetua maki aku kata aku nak buat gang.
Aku jawab aku nak jimat syampoo. Takda duit nak pakai minyak rambut. Mandi cepat siap dan aku tengah hafal Quran. Biasa budak-budak tahfiz kan gondol je. Tapi sebab pengetua aku tak suka gondol-gondol ni, dia hantar surat kepada parents aku. Aku gelak je.
Hari ini aku tengok dah ada fashion kasut sebelah lain sebelah lain. Terus aku teringat mak aku punya idea. Pada aku, sebenarnya kita tak perlu jadi hamba fashion dan trend. Kita pakai apa yang ada, apa yang mampu dan apa yang selesa.
Mungkin suatu hari nanti cara kau pakai, gaya kau akan jadi trending. Bolehlah kau claim kau mendahului zaman atau kau jadi trend setter. Apalah kau dapat ikut style orang lain set.
Lepas tengok Mat Kilau nak bersilat bagai. Tapi masih nak pakai coat. Baju Melayu banyak-banyak tu, setiap tahun beli dengan samping Bila nak pakai? Jangan membazirlah!
Itu sebab aku pakai baju Melayu pergi court!