KAU TAK PERLU “TERER” SEMUA BENDA!

K

Dalam Quran telah diajar untuk bertanya mereka yang ahli. Kisah pembenihan kurma juga menjadi dalil betapa setiap bidang itu ada ahlinya.

Jadi, apa yang setiap orang perlu ada dalam diri?

Hanya skill pengurusan yang baik.

Apa itu pengurusan atau management?

Kalau kau bukalah mana-mana kitab management, kau tak lari dari jumpa beberapa perkataan ini.

1. planning (merancang)
2. organizing (menyusun atur)
3. directing (mengarah)
4. controlling (mengawal)
5. monitoring (memantau)

5 elemen ini adalah pengurusan yang wajib ada dalam diri kau yang sebenarnya telah dibuat diajar oleh ayah dan ibu kau semua. 5 element ini yang membawa kepada end gold kau.

Cuba kau refleks dalam hidup kau, masa kau sekolah rendah, 5 perkara ini telah wujud dalam sekeliling kau.

Planning

Ibu ayah kau pasti merancang untuk kau berjaya secara umum, secara spesifik mungkin nak kau jadi doktor.

Organizing

Jadi mereka menyusun atur life kau untuk ke sekolah.

Directing

Kau diarahkan untuk ke sekolah dan belajar rajin-rajin.

Controling

Mereka menjaga pergaulan kau agar tidak tersasar, tak terlalu stress belajar. Darjah satu belajar darjah satu, tak belajar form 5 punya subjek.

Monitoring

Direction dan result kau diorang akan pantau. Sampai kau dah nikah pun diorang akan pantau.

Jadi itulah management. Jadi semua orang wajib dan memang dah aware dengan pengurusan. Macam kau nak lipat baju, kau akan apply secara semulajadi ilmu management kau dari segi planning nak susun, lipat nak simpan, etc.

Semua orang ialah pengurus, manager kepada hidup sendiri, keluarga sendiri. Tak susah pun jadi manager sebenarnya. Bezanya kau ada tanggungjawab yang lebih besar sebab kau makan gaji. Kau tak buat kerja elok-elok, kau makan duit haram!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.