Ramai yang sangka ia milik Amano Fulustino bukan?
Aku pun sangka begitu sebab ada budak-budak ISMA datang justify yang kononnya perbelanjaan besar RM34 juta tu ada kos belanja kedai-kedai Amano Fulustino.
Masa tu, aku reply, bakmailah P&L perniagaan tersebut. Kalau rugi, buat apa meniaga. Tapi macam biasa, gang ISMA ni justify semua macam orang bodoh. Nanti aku share apa ayatolla ISMA punya justification plak. Lagi korang akan pecah perut, tergelak besar.
Anyway, hari ini ada sahabat aku, nama dia Borhan Hanafiah (bukan nama sebenar) dari negeri Perak kasitau aku.
“Bro, pandai CEO NGO Amano Fulustino berniaga bro!”
Aku tanya,
“Apa yang dia pandai?”
Dia jawab,
“Tadi aku beli barang kat NGO Amano Fulistino. Tapi masa bayar keluar Kedai Amal Amano Fulustino Sdn Bhd. Aku pun pergi kat apps hang, Interepo (www.interepo.com), aku pun check.”
“Hang tau siapa punya? Tu, Awang Suffian Awang Piut tu. CEO Amano Fulustino! Premis kedai tulis Pejabat Pengurusan Amano Fulustino, patut yang jual Amano Fulustino la kan? Sekali kedai CEO lah!”
“Senang dia meniaga boss! Tunggang premis Amano Fulustino je boss! Orang ingat beli sambil menderma, sekali masuk company CEO lah! Hang rasa dia bayaq sewa tak?”
Aku jawab,
“Biasalah orang NGO meniaga camni. Mungkin barang-barang tu nanti, dia yang supply balik kat NGO dia balik. NGO bayar kat dia, dia cashout lah.”
Borhan kata,
“Hang tolong aku SCRUT bro. Geram pula aku dengan puak ni. Kat signboard tulis Amano Fulistino, sekali CEO dia berniaga kat dalam. Sat aku beli audit report dia dekat Mydata (www.mydata-ssm.my). Hang tolonglah tengok-tengok.”
Aku jawab,
“Hang hantaq kat whatsapp aku. Nanti aku tengok-tengokkan.”
Demi Borhan Hanafiah, aku pun belek-belek audit report tu. Aku rasa aku kena buat SCRUT CEO Amano Fulistino juga kot nanti.
Anyway, apa yang Borhan cakap tu benar.
1. Kedai Amal Amano Fulustino Sdn. Bhd. adalah milik CEO dan dan board of trustee, Awang Suffian yang memegang 60% saham.
2. Partner dia Wan Hisham memegang 40% juga ialah board of trustee Amano Fulustino.
Kedua-dia mereka dikatakan lebai kerana dalam portal mereka menulis mereka ustaz. Lebai yang taknak mengajar, memang buat NGO je. Senang kerja mereka.
Yang lebih menarik, expenses atau cost company tersebut hanya sekitar RM90k setahun. Company rugi. Last audit 2020. Kalau ikut auditor ISMA, meniaga kecil macam ni sepatutnya boleh siap cepat. Pada aku, no issue, dia punya niaga, dia punya suka nak audit bila.
Kalau kita ikut matematik budak ISMA tempoh hari, setiap kedai kena ada 2 orang pekerja. Ada lebih 20 cawangan kedai katanya.
Kalau 1 staff RM1,500* kira bodo tak kira epf socso dan lain-lain. So, RM3,000 x 12 (bulan) x 20 cawangan= RM720,000.
Itu tak masuk sewa lagi tau!
Unless, segala staff dan sewa Amano Fulustino yang bayarlah. So, CEO dan partner meniaga less cost. Ini buat kita semua lagi bersemangat nak tengok detailing berdukumen expenses Amano Fulustino. Kan?
Yang lagi dahsyat! Business CEO diorang ni ada aset dan liabiliti lebih RM1000,000! Dengan paidup hanya RM5,000.
Jadi, mana duit lebih nak beli aset/inventory tu banyak-banyak? Daripada advance daripada director la kan?
Wow! Kaya siot CEO Amano Fulustino ni. Berapa banyak gaji dia? Ini yang menyebabkan kita makin nak tau berapa gaji dia dan perks dia di Amano Fulustino?
#SPRM boleh tolong rakyat dapatkan jawapan ni tak?