1. Imam Muhamamad bin Al-Hassan Al-Syaibani Rah (murid kanan Imam Abu Hanifah Rah.), guru dan sahabat kepada Imam As-Syafie Rah. Lahirlah Imam As-Syafie yang hebat fiqh-nya.
2. Imam Syafie Rah, guru dan sahabat kepada Imam Ahmad Rah. Maka lahirlah Imam Ahmad yang kehebatannya di dalam hadis dan fiqh tidak dapat ditanding tara.
3. Imam Ahmad Rah, guru dan sahabat kepada Imam Bukhari Rah. Dengan tunjuk ajar Imam Ahmad, Imam Bukhari bintang gemilang dalam dunia hadis sehingga hari ini.
4. Imam Bukhari Rah, guru dan sahabat kepada Imam Muslim Rah. Berkat bimbingan Imam Bukhari, Imam Muslim berjaya menghasilkan Sahih Muslim yang setanding dengan karya gurunya Sahih Bukhari.
5. Imam Ibnu Taimiyyah Rah, guru dan sahabat kepada Imam Ibn Katsir rah. Hasilnya orang seperti Imam Ibn Katsir lahir. Kitab tafsir muktabar Ibn Katsir dan banyak lagi yang menjadi rujukan.
6. Di Malaysia, ahli hadis terkenal, Dr. Kamilin Jamilin Rah, sahabat dan guru kepada Ali Al-Mahdi Al-Konspirasi Rah. Kehebatan Dr. Kamilin ialah menghasilkan Ali yang berjaya menafsir siapa dajjal dan siapa Al-Mahdi.
Pernah guru kami yang mulia, Dr. Radzi Othman Rah. berkata,
“Nak tengok kehebatan seseorang ulama’ itu, lihatlah siapa muridnya.”
Hal ini selari dengan hadis,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: “Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan.
(HR Abu Daud No: 4193)
Dan analogi yang Nabi SAW telah berikan.
حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”.
(HR Bukhari No: 1959)
Ya, memang benar Dr. Kamilin juga sangat hebat, sehingga berjaya menghasilkan orang sehebat Ali Konspirasi.
Betul tak? Apalah sangat Safiya The Computer tu. 1 semester je Dr. Kamilin boleh create. Siapa anak-anak Al-Khayr selepas 1 semester jadi macam Safiya? Ke jadi cam Ali?