KEJIJIKAN MENTERI RINA HARUN!

K

Geli, jijik, dan mual aku membaca statement menteri paling bangang ini. Ya, aku faham ramai politikus masuk in-to-scene dalam perjuangan #JusticeForBella.

Tapi, kenyataan menteri ini amat menarik perhatian aku. Selama ini, dia hanya mendiamkan diri ketika kes ini mula bicara. Tiada tanda sokongan pun dikeluarkan. Even sebelum itu pun dia kaku membisu sahaja.

Kami telah berjumpa dia di pejabatnya tahun lepas atas jemputan dia. Aku personally telah sound dia ketika itu. Aku dah minta Syed Azmi dipecat juga. Aku juga menyuruh dia letak jawatan kalau bagi alasan takda masa.

Tiba-tiba, setelah TMJ keluar statement, dia muncul pula. Laju sahaja nak offer diri berjumpa. Apa yang dia tahu berbanding kami? Nak jilat TMJ? Apa punya selekehlah menteri yang bergaji berpuluh-puluh ribu tapi tak buat kerja ni!

Walhal, dialah orang yang sepatutnya champion perjuangkan nasib adik Bella. Tidak dia tak berbuat demikian. Walaupun dia sebenarnya ada segala dokumen yang kami telah hantar di dalam memorandum. Dia telah dengar segala cerita kami.

Dialah yang sepatutnya menjadi singa betina yang mengamuk melihat anaknya dia dicederakan sebegitu rupa. Dia ada segala akses untuk memberi tekanan. Ada dia buat?

Malangnya, dia tidak buat apa. Panggil kami untuk buat syarat drama dia sahaja. Sampah punya menteri. Nasiblah, aku tak bagi muka langsung masa tu. Puas juga hati aku.

Yang aku lihat, dia ada datang ke sekolah mencuci najis unggas untuk drama bencana banjir tempoh hari.

Siapalah yang undi menteri ni dulu. Korang boleh tengok posting-posting dalam IG dia. Ada dia kisah pasal perjuangan kita?

#Fakpolitikus
#JusticeForBella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.