Islam bukan seperti agama Syiah yang ada hari meratap dan menangis. Tidak ada! Bahkan Islam melarang “nihayah” iaitu meratap kematian. Sampai kenduri arwah juga dilarang oleh para ulama’ silam kerana ia dianggap nihayah.
Begitulah Islam mengajar dan mendidik umatnya untuk redha dan move on dengan kematian. Kematian itu pasti, Isteri, suami, ibu dan ayah. Hatta sahabat karib juga. Mereka semua, kita semua pasti mati! Pasti!
Teringat aku kisah kewafatan Nabi, hampir gelap dunia Islam kerana kewafatan Nabi, Umar sampai terpengsan-pengsan. Ada yang murtad kembali, ada juga yang tidak boleh terima kenyataan tersebut.
Kematian siapakah yang lebih besar dari kewafatan Nabi? Adakah para sahabat Nabi terus bermuram durja selama 1-2 minggu? 1-2 tahun? Masih bercerita tentang kenangan-kenangan bersama Nabi kepada kawan-kawan? Merintih kesusahan kerana ketiadaan Nabi?
Tidak! Tidak sama sekali!
Setelah selesai pengebumian Nabi, tanpa bertangguh dan berdrama, terus mereka melantik khalifah. Abu Bakar dipilih. Abu Bakar terus melakukan kerjanya menyambung urusan umat yang ditinggalkan Nabi. Tiada sempat Abu Bakar bermadah dan bersyair. Kerna itu, tidak banyak catatan Abu Bakar yang kita warisi.
Abu Bakar meneruskan ekspedisi jihad dan dakwah Usamah bin Zaid melawan Rom, walaupun majoriti di kalangan para sahabat ketika meminta pasukan Usamah pulang. Bahkan Abu Bakar terus memerangi golongan murtad dan yang enggan membayar zakat.
Kata-kata lagenda Abu Bakar,
والذي لا إله غيره لو جرت الكلاب بأرجل أزواج رسول الله صلى الله عليه وسلم ما رددت جيشا وجهه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ولا حللت لواء عقده رسول الله صلى الله عليه وسلم“
Demi yang tiada Tuhan selainNya, sekalipun anjing-anjing menggigit kaki-kaki para isteri Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam, tidaklah aku kembalikan tentera yang dihadapkan Rasululllah sallahu ‘alaihi wasalam. Tidak akan aku leraikan pasukan yang ditetapkan Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam.
Abu Bakar r.a dengan tegas mengatakan,
وَاللَّهِ لَأُقَاتِلَنَّ مَنْ فَرَّقَ بَيْنَ الصَّلاَةِ وَالزَّكَاةِ، فَإِنَّ الزَّكَاةَ حَقُّ المَالِ، وَاللَّهِ لَوْ مَنَعُونِي عَنَاقًا كَانُوا يُؤَدُّونَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَاتَلْتُهُمْ عَلَى مَنْعِهَا“
Demi Allah, aku benar-benar akan memerangi sesiapa yang memisahkan antara solat dan zakat, sesungguhnya zakat adalah hak harta, demi Allah, jika mereka enggan memberikan iqal (tali pengikat haiwan) yang mana mereka pernah berikan pada Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam maka akan aku perangi mereka atas apa yang mereka enggankan itu.”
Ketegasan Abu Bakar r.a akhirnya diakui kebenarannya oleh Umar r.a, kata beliau
‘فَوَاللَّهِ مَا هُوَ إِلَّا أَنْ قَدْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، فَعَرَفْتُ أَنَّهُ الحَقُّ“
Demi Allah, tidaklah ia (keputusan Abu Bakar r.a) kecuali benar-benar Allah melapangkan dada Abu Bakar radiyaAllahu, aku pun sedar bahawa sesungguhnya ia adalah benar.”
Inilah contoh tauladan kita orang mukmin. Orang Islam tiada masa untuk dibuang kerana sebuah kematian. Tiada ruang untuk merintih, bercerita duka dan lara disebabkan sebuah kematian. Jalan terus. Move on. Kematian itu sebenarnya menghidupkan. Kita percaya ada kehidupan yang kekal di sana!