KEMENANGAN MILIK KEBENARAN!

K

Alhamdulillah. Berkat kehebatan peguam Haziq Subhi menulis saman dan bernegosiasi, pihak defenden, saudara Muhammad Zulfikar Azlan akhirnya menerima tawaran kami untuk membuat penyelesaian secara consent judgement.

Zulfikar ini telah memfitnah aku pada tahun 2021 dengan menuduh aku sebagai seorang scammer. Maka, aku telah mengambil tindakan saman terhadapnya untuk mendengar bagaimana dia nak membuktikan aku seorang scammer di dalam mahkamah nanti di hadapan yang arif hakim mahkamah tinggi.

Aku tahu dan yakin, sekiranya masuk full trial, insyaAllah 99.99% aku akan menang. Aku sudah menang sebanyak RM530,000 sebelum ini dan ganti rugi kepada aku sahaja bernilai RM300,000. Pun, fitnah yang lebih kurang sama. Precedence ini cukup bermakna buat aku.

Aku kira saudara Zulfikar ini memang benar-benar telah insaf dan bertaubat kerana telah bersetuju dengan seluruh syarat-syarat aku iaitu memohon maaf secara terbuka dan membayar kos menyaman aku.

Cumanya dia minta nak bayar secara installment. Aku sendiri tawarkan bayar saja RM100 sebulan jika tidak mampu. Tawaran aku juga tidak berapa dipersetujui oleh peguam aku dan tuan mediator. Tapi, aku bukan nak duit dia pun. Aku nak beri pengajaran kepada dia dan sesiapa sahaja yang memfitnah aku terutama kawan-kawannya.

RM85,000 itu nilai kos yang aku sudah spend. Jadi dia kena bayar balik kos tersebut. Selama 800 bulan atau 67 tahun, setiap bulan dia kena bayar aku. Setiap bulan dia akan kenang dan muhasabah dosanya memfitnah aku. Sampailah dia mati atau aku mati. Nampak tak? Baik tak aku?

Dunia aku ini hanya di atas kebenaran, kalau aku salah, aku minta maaf, kalau kita berbeza pandangan, kita raikan. Tapi kalau aku tak salah, aku sanggup korbankan seluruh hidup aku sehingga ketitisan darah terkakhir dan syiling terakhir dalam tabung anak aku untuk aku buktikan kebenaran tersebut.

Aku doakan saudara Zulfikar benar-benar insaf dan bertaubat. Semoga beliau menjadi seorang muslim yang tidak melakukan memfitnah lagi, jujur dan sentiasa menegakkan kebenaran walaupun kejahatan itu berlaku di kalangan kawan-kawannya. Adil di atas kebenaran dan tidak taasub kepada mana-mana jemaah dan organisasi.

Amin..

Ingat, once aku dah masuk saman, aku akan all out, aku dah takkan berganjak, aku masuk saman bukan nak duit, aku nak cari kebenaran, kalau betul aku salah, kau tuduh aku scammer, buktikan je. Kalau betul aku salah, insyaAllah korang akan menang..

Betul tak?
ps : Rujuk dokumen di bawah. Hantaran beliau boleh rujuk di komen.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.