Kempen #WeAreAllFrontliners

K

Ketika kita sedang mencari resepi buat menjamu anak dan suami/isteri, ada yang tak sempat membelek telefon pun, apatah lagi duduk makan walaupun makanan diberi.

Ketika kita sedang menonton pelbagai siri di TV atau Netflix, bersilih ganti berjaga tanpa tidur, ada yang menonton siri kematian dan kecemasan depan mata kepala sendiri, bersilih-ganti berjaga tanpa tidur.

Ketika kita sedang berbaring santai di tikar, karpet, tilam empuk, ada yang sudah ‘burnout’ sambil terbaring di meja, kerusi, lantai sejuk.

Doktor, jururawat, pegawai-pegawai kesihatan. Merekalah frontliners.

Siang malam meletak nyawa sebagai taruhan, mengenepi rasa rindu pada keluarga yang tak dipelukcium sebulan.

Saat ini kita sedang bernafas selesa kerana ada frontliners yang sedang bermatian untuk kita.

Dan kini, mereka sedang merana.

Stok peralatan seperti face shield, face mask, dan PPE kini berada di paras yang kritikal. Tanpa peralatan yang lengkap, nyawa mereka dalam bahaya.

Sekarang masanya untuk KITA JAGA MEREKA!

Kempen #WeAreAllFrontliners bertujuan mendapatkan 10,000 kit peralatan kepada para Doktor, jururawat, petugas kesihatan di hospital.

Kita tahu ada peralatan tidak cukup.

Ada yang terpaksa recycle kembali mask dengan sanitize menggunakan UV Ray machine.

Walaupun menteri kata bekalan cukup, tetapi kita tahu wujud kerenah birokrasi daripada bekalan ini sampai.

Pun begitu, ini bukan soal cari salah siapa.

Kita cari solusi bersama.

Justeru kita kumpulkan 35 syarikat anak muda seluruh negara. Ada yang beri wang, walaupun aliran tunai syarikat sedang getir.

Itu pun ada yang cuba cakap pemilik – pemilik SME ini jahat.

Ada yang beri ganjaran menarik buat penderma, kerana itulah yang termampu buat masa sekarang.

Kemungkinan, inilah kempen derma yang paling banyak ganjarannya.

Ibarat janji Tuhan-beri 1, dapat 10.

Anda derma RM50, dapat ganjaran lebih RM500.

Cuma, ini bukan soal apa yang kita dapat, ini lebih kepada apa yang kita beri.

Kerana tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.

Tutup mata, fikirkan tentang perjuangan Frontliners kita.

Berikan sumbangan anda walaupun RM1.

Klik di sini:

https://reward.pitchin.my/projects/wearefrontliners

Dan sebarkan kempen ini ke serata dunia.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.