KENAPA ACCOUNT AKU ADA BANYAK?

K

Ada Aliff Ahmad, ada Aliff Ahmad II, ada Aliff Ahmad III dan Aliff Ahmad (page) yang ini.

Kenapa?

Itulah bukti aku tak pernah lari daripada tanggungjawab aku. Lahirnya account-account baru sebab account sebelum itu di-report, di-ban, untuk sekat aku bersuara.

Maka, terpaksa buat akaun baru. Kalau aku penyamun, bermasalah, pasti aku ghaib dan menghilangkan diri. Aku masih ada di sini.

Setakat ini, yang hilang dan tutup selepas berperang dengan aku di Facebook,
1. Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah of Ponzi Scheme Alert.
2. Bobi Farid of Onexox (Dengar kata dah buka akaun baru). Alasan dia tutup Facebook pun lawak juga.
3. Fazrysham aka Sham Shinoda, Stoickov, Ah Fatt of KHK, Si Rashid & Sokernet.

Orang tak suka baca apa aku tulis? Aku suruh block je. Orang datang maki hamun aku, tunjuk pandai dan tunjuk bodoh, aku tekan je block. Bila aku tak suka list friend aku tu, aku unfriend, unfollow. Bila aku rasa ada post-post yang insult intelligence, aku block je tukang share dan tukang post.

Life aku main sosial media ni simple. Orang tak suka aku, sudah. Aku tak suka, aku block, aku ignore, aku unfollow. I will never please anyone. Aku takkan jadi apa yang korang nak, apa yang korang expect.

Aku bukan influencer. Aku bukan pembongkar scam. Aku tulis apa yang aku suka, apa yang aku yakini dengan fakta yang aku ada. Aku tak tulis untuk populariti.

Kalau aku nak popular dan follower, aku boleh tulis yang cerita yang positif-positif, indah-indah, kelakar-kelakar dan geli-geli. Ikut wavelength majoriti, jadi populis. Buat lawak cecupak.

Kalau korang suka yang jenis tu, boleh unfollow dan block aku. Aku menulis untuk diri aku, aku menulis untuk memandaikan anak bangsa aku, aku menulis untuk melawan projek pembodohan.

Aku menulis untuk bangkitkan keberanian untuk menegakkan kebenaran dalam diri korang. Aku menulis untuk melahirkan bangsa yang merdeka jiwa, poket, minda dan harga diri.

Kalau aku takda nanti, aku harap adalah jasa dalam sosial media ini. Semoga kebaikan aku buat melebihi kekhilafan yang aku lakukan..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.