Beberapa minggu lalu, aku tunjuk trade aku follow Airescan which was profitable.
Maka ramailah orang pm aku kata nak invest lah, tanya macam mana nak start.
Maka, aku akan reply dengan simple answer,
“Takyah involve then..”
Kenapa aku reply macam tu?
Begini, sebenarnya Airescan tu sistem yang bagi signal untuk trade. Ia bagi nama stock, entry price, stop loss dan take profit.
Jadi untuk mereka yang sudah biasa dengan trading, ia sangat membantu dan memudahkan. Hanya follow sahaja.
Tapi, apabila orang yang tak pernah tau, dia ingat program investment atau ponzi. Yang tak pernah trade di Wall Street pula tanya nak buka broker kat mana, berapa modal.
Maka soalan-soalan macam ni aku kira tak relevan. Maka aku nasihatkan takyahlah involve. Mudah. Bukan semua orang perlu involve dengan saham.
Pada aku kalau masih tak faham, taktau nak google dan nak cari broker apa yang bagus. Masih berharap bersuap. Golongan ni masih tak sedia. Elok jangan involve.
Aku bukan macam sifu-sifu saham yang cari makan mengajar, mengajak dan memaksa orang trade, so, aku advise takyahlah involve.
Cuma aku nak share, aku trade Wall Street pakai IB (Interactive Broker).