KENAPA AKU TAK BUKA KOMEN? INILAH ANTARA JAWAPANNYA..

K

(Rujuk foto)

Kata Tok Batin hutan Amazon,
“Jangan sesekali bergomol dengan babi, kau akan terkena lumpur, kau akan berbau busuk..”

Begitulah perumpamaannya apabila kau melayan orang yang menghina akal kau. Kau takkan jadi cerdik, bahkan dia akan mengotorkan wall kau dengan kebodohan.

Kau nak maki aku di wall kau, nak troll aku, nak hina aku, buatlah. Sedikit pun takkan mematahkan hujah-hujah aku. Tidak juga menaikkan darjat kau. Aku tetap dengan kehidupan aku tanpa meminta sedekah dan simpati masyarakat macam kau.

Aku tak perlu menunggang NGO untuk hidup. Tak perlu menghina orang untuk menyara anak bini. Yang paling penting, tak perlulah jadi peragut yang meroyan sebab takda job. Selain itu, aku memang tak berminat dengan mereka yang takda otak.

Teringat syair al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafie di dalam Diwan,

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.

Apabila orang bodoh mengajak berdiskusi dengan kamu, maka sikap yang terbaik adalah diam, tidak perlu dilayan.

Apabila kamu melayan, maka kamu akan susah sendiri. Dan bila kamu berteman dengannya, maka dia akan selalu menyakiti hati.

Apabila ada orang bertanya kepadaku,
“jika diserang oleh musuh, apakah kamu diam?”

Jawabku kepadanya,
“Sesungguhnya untuk menangkal pintu-pintu kejahatan itu ada kuncinya.”

Sikap diam terhadap orang yang bodoh adalah suatu kemuliaan. Begitu juga diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan.

Apakah kamu tidak melihat bahawa seekor singa itu ditakuti lantaran dia pendiam?!

Sedangkan seekor anjing dibuat permainan kerana dia suka menggonggong dan menyalak?!

“Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang yang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawapan, tetapi tidak pantas bagi ‘sang singa’ melayani ‘anjing-anjing’,”
(Lihat kitab Diwan Asy-Syafie)

Jadi, aku tak izinkan sama sekali tempat aku dilimpahi dengan kebodohan dan penghinaan terhadap akal.

Tak setuju? Takpa.

Pergilah ke wall lain. Wall aku bukan tempat akal dan ilmu dihina.

😉

——Rujuk : https://www.facebook.com/100037715657121/posts/422236405710211/?d=n
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/421698492430669/?d=n
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/426905248576660/?d=n
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/420350779232107/?d=n
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/361007191833133/?d=n

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.