KENAPA KES ADIK BELLA TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI HATI POLITIKUS?

K

Tiada seorang pun politikus yang benar-benar mahu champion kes ini. Korang hairan tak?

MP DAP seperti Hannah Yeoh, MP PKR seperti Nurul Izzah dan Wan Azizah, Syed Saddiq, MP Umno, DS Najib Razak, KJ, lebai PAS juga tidak muncul. Orang Bersatu pun takda.

Hatta kumpulan liberal juga tidak ke depan membela nasib adik Bella. Bahkan peguam-peguam beraliran liberal ini yang membela OKT.

Aku mungkin boleh berteori dan berteka-teki, membuat hipotesis berdasar persamaan mereka. Tapi takpalah, korang pun boleh nampak dan buat telahan.

Syed Azmi ini orang Hannah Yeoh, dia rapat dengan PH. Gang liberal ini makan kiri kanan. Bainun pula orang Umno. Bersatu ni asal dari Umno. Mungkin masih rasa sayang dan ada rahsia yang dipegang.

Itu sebablah, hanya aku, Kak Mona dan beberapa orang sahaja yang mengambil tanggungjawab ini. Adik Bella sebatang kara, dia OKU. Dia takda keluarga dan saudara mara.

Yang aku lihat, yang agak konsistan berkempen di IG ialah 2 orang artis ini, Elvina dan Nabila Huda. Aku ucapkan terima kasih buat mereka berdua. Mohon mereka terus berkempen.

Korang semua jangan berhenti memberi tekanan dan awareness. Biar politikus tak tolong kita. Kita buktikan kepada mereka suara kebenaran jauh lebih kuat. Suara rakyat suara keramat.

Siapa yang belum sign petition ini, jangan lupa sign ya!

https://chng.it/nVRCxJsPJ7

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.