Siapa masih ingat awal kemunculan Azizan Osman, dia terus menggunakan PhD bogus dan memperkenalkan dirinya dengan gelaran Dr. Azizan Osman. Apa dia jual dulu? Rahsia tarikh lahir anda? Ingat lagi?
Dato Vida juga sebelum ini menggunakan title Dr. Vida, motivator HM Tuah Iskandar juga menggunakan PhD palsu dan menggunakan title Dr. HM Tuah. Fazley Asmara Ini juga pernah menggunakan PhD palsu dengan gelaran Dr. Fazley, sampai buka kolej. Tidak ketinggalan juga Boy Iman.
Bezanya Fazley terus bertaubat. Dato Vida dan HM Tuah buat diam dan tak pakai lagi gelaran “Dr”. Boy Iman masih pakai ke? Mungkin gelaran Boy lebih cool. Cuma, Azizan Osman keep going claim ada PhD sana dan sini. Sampai 8 PhD dia claim. Tapi ternyata semuanya bogus.
Kenapa mereka semua ini beriya-iya hendak ada title “Dr.” di hadapan nama mereka?
Jawapannya mudah, mereka mahu dilihat pakar, berpelajaran, diiktiraf dan mahu dipercayai. Pintu mudah dibuka kalau kita pakai title “Dr.”. Itu sebab mereka sanggup berdusta, menipu dan menebalkan muka.
Mungkin jika tidak menggunakan title “Dr.” payah nak penetrate market, payah nak bina cult atau kultus. Lihatlah hari ini, bila telah terpampang bukti di depan mata PhD palsu pun, mereka tetap memanggilnya “Dr.”. Dia sendiri tanpa segan silu masih menggunakan gelar “Dr.”.
Jijik dan menjijikkan. Sangat hina projek kultus pembodohan ini. Tidak terfikirkah mereka bahawa ianya berdosa besar dan sebuah jenayah integriti yang serius. Ada yang kata content-contentnya baik. Dah tu, kenapa perlukan gelaran “Dr.” itu? Jual saja content!
Tony Robbins tidak menggunakan gelaran “Dr.” pun. Robert Kiyosaki tidak menipu mengaku ada PhD palsu pun. Di barat sifu-sifu ini tidak perlu menipu credential. Mungkin di sana undang-undang mereka strict, tidak seperti di Malaysia yang boleh dikautim dan disenyapkan.
Berbohong ini merupakan sifat menufik dan dijamin neraka kata Nabi SAW.Abdullah Ibn Mas’ud RA, sabda Rasulullah SAW:
إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ؛ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا
Jauhilah kalian daripada sikap suka berbohong kerana berbohong akan membawa kepada perbuatan kemaksiatan, dan perbuatan kemaksiatan akan membawa ke Neraka. Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.
(HR Bukhari: 6094)
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
آيَةُ اَلْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ, وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ, وَإِذَا ائْتُمِنَ خَانَ
Tanda-tanda bagi seorang munafiq itu ada tiga; jika sekiranya dia berbicara maka dia berdusta, jika sekiranya dia berjanji maka dia mungkir dan jika sekiranya dia diberi amanah maka dia mengkhianatinya.
(HR Bukhari: 33)
Aku tanya korang, orang yang keep going menipu macam ni adakah dia seorang tsiqah? Bolehkah kita menggunakan idea ada sumbangan lain yang dia telah buat, maka penipuan itu kita diamkan? Kita kena mengiyakan penipuannya? Panggil dia doc?
Tidak! Tidak sama sekali. Sekali seseorang itu menipu untuk mendapatkan manfaat peribadi, dia akan terus menipu lagi dan ada kebarangkali dia terus menipu. Sebagai contoh, fake testimonial, fake profiling dan fake demand tidak mustahil diajar.
Untuk apa mereka nak pakai title “Dr.” jika mereka tidak mahu menipu kita? Memang dari awal kemunculan dia telah menipu kita! Itu sebab para ulama’ hadis panggil pemalsu hadis atau penipu dengan gelaran dajjal di kalangan dajjal. Dajjal kita tau dia penipu, dah ada cop penipu. Tapi masih ada pengikut. Kan?