KENAPA SI LAKI KADANG-KADANG RETALIATE?

K

Setelah bercerai. Si laki taknak bayar nafkah, si laki sengaja sengaja buang masa, lawan dalam mahkamah. Si laki itulah, inilah.

Sepanjang 10 tahun aku tinggal di Adelaide, aku telah hadap 3 kes penceraian yang melibatkan si bini taknak kasi access kepada si laki untuk berjumpa anak dia.

Ketiga-tiga kes ini aku kenal siapa dan aku telah terlibat secara tak langsung. Ketiga-tiga kes ini si laki yang menjadi mangsa.

Kes pertama, doktor pakar dari Penang, anaknya dibawa lari oleh ex-wife ke Adelaide. Kononnya buat sub-specialist jantung, tapi bawa lari terus. Peguam dia Zainul Rijal. Hak ayah, atok dan nenek dihalang daripada berjumpa anak itu.

Bertahun-tahun kawan tu merana. Berhabis duit untuk mendapatkan hak berjumpa. Aku tak kata laki itu baik, tapi aku percaya dia ada hak dekat anak dia, adik beradik dia juga ada hak nak tengok anak saudara mereka, ayah dan ibunya rindu pada cucu dia. Kecekalan dia nak berjumpa anak dia nampak dia sangat kasihkan anak dia.

Kes ke-2. Seorang cikgu yang sambung belajar. Masa dia sambung belajar, anak itu dijaga oleh keluarga family ex-husband. Masa dia nak convo, dia minta izin nak bawa anak dia. Tapi hari mereka hantar anak itu ke airport, itulah kali terakhir keluarga laki dan ayahnya berjumpa dengan anak itu.

Meranalah family si ex-husband. Meroyanlah atok, opah, maksu dan ayahnya di Facebook. Mereka biarkan keluarga laki menderita kerinduan terhadap anak kecil itu.

Kes ke-3, seorang suami yang pulang daripada outstation, barang-barang sudah dia di luar rumah. Dia dihalau dan dikenakan injunction untuk tidak mendekati anak-anaknya.

Setelah anak dia dewasa, barulah dia dapat berjumpa dengan anak-anaknya. Anak dia yang dah dewasa bagitau masa ayah dia outstation, memang mak dia selalu bawa laki lain balik rumah.

Kadang-kadang, kita tak nafikan kenapa kaum wanita pun retaliate sampai buat begitu disebabkan kebengongan si laki. Dalam masa yang sama adakah kita boleh terima juga tindakan si wanita yang cuba membalas balik menggunakan kuasa hadanah dan anak-anak?

Menghalang berjumpa, mendoktrin anak-anak supaya membenci ayahnya adalah kesalahan yang sangat tidak boleh dimaafkan. Aku nak tanya korang, kalau selepas bercerai hak korang untuk berjumpa dengan anak-anak korang dihalang oleh janda korang, adakah korang masih nak bayar segala kos dan nafkah?

Aku nak tanya korang lagi, kalau korang perempuan, kejadian hak ayah ini dinafikan ialah anak korang, adakah sebagai ibu, kau akan menasihatkan anak lelaki kau untuk bayar jela dan redha. Sedangkan korang sendiri rindu dengan cucu korang tu.

Dan kalau korang ada duit terlebih, adakah korang takkan pasang lawyer lawan dan lawan, majal dan majal balik, sampai ke titisan darah terakhir?

Cuba letak diri korang pula dalam keadaan tersebut.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.