KENAPA TAK BANTU FOUNDER MISI?

K

Mari aku explain kenapa kami-kami yang mengkritik ini tidak membantu.

1. Kami tak kenal dia, dia tak datang minta bantuan kami pun.
Punya ramai orang buat projek, buat business, takkanlah kami pula nak pergi approach. Nanti dia rasa kita plak nak ambil kesempatan dekat dia pula. Lagi pun, adab orang menuntut ilmu, yang tak tahu kenalah pergi kepada yang tahu.

2. Kami rasa dia tu merepek, sembang terbang.
Selain pernah menghina para doktor perubatan, kenyataan tentang tak sekolah, takda SPM, sangat menghina akal. Orang yang menghina akal ini orang Padang Besaq panggil, insult intelligence.

3. Tiada proven track record.
Kalau dia datang jumpa aku membentangkan tentang idea Misi Farms dia, pasti aku akan cakap, buktikan dulu idea tu works at a small scale. At least 3 years audited. Use your own money first!

4. Ramai orang ada idea, ada semangat.
Aku dah tengok Pre-IPOH dengan projek-projek yang kononnya bakal memecahkan monopoli kartel dan menunggang bangsa dan agama. Tapi melingkup.

5. Kantoi menipu.
Apabila menipu kata kena hack lah, dah tanam benda lah, dah tau siapa hack lah. Ini betul-betul jelas menipu. Aku takkan benarkan masyarakat dibodohkan dengan penipuan low class macam ni.

Pada aku Founder Misi ini memang bermasalah. Ini pandangan aku. Aku firm dan kekal sehingga dibuktikan sebaliknya.

Apa walanjak nak cakap pun, aku tetap letak red flag dekat dia. #MindaSkeptikal melarang aku memberi rekomendasi kepada Founder Misi tetapi mengeluarkan amaran untuk berhati-hati.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.