Aku telah diberitahu oleh seorang rakan yang affiliates link aku telah diletakkan di dalam sebuah web yang menjual data kerajaan secara haram menggunakan bitcoin.
Setelah menjalankan sedikit analisis, aku mendapati developer web tersebut telah merancang dan dengan sengaja meninggalkan kesan yang akan memberi petunjuk ke arah aku jika ia dikaji oleh mereka yang mahir.
Selain itu, email palsu yang direka atas nama aku juga sengaja ditinggalkan di dalam rekod DNS. SCRUT dijadikan sebagai metasearch dan domain itu telah di-forward ke domain www.scrut.my sejak tahun lalu.
Nampak tak? Ia seolah-olah jenayah terancang untuk mengenakan aku dan jenama aku. Mungkin kerana penjenayah ini tahu kelemahan pihak siasatan yang akan bergantung dengan pegawai-pegawai MCMC yang kurang cerdik.
Dulu aku pernah dituduh membangunkan blog yang menggunakan nama aku untuk menghina hakim yang sedang mengendalilan kes aku. Blog dan hantaran Facebook yang tampered itu jelas fake, langsung tak pro. Takkanlah aku nak letak nama aku dekat blog aku sendiri untuk menghina hakim yang sangat baik dan progresif.
Tetapi MCMC pada mulanya mengesahkan blog hantu itu milik aku. Aku dan Nik Izwan Kamel ketawa besar di dalam bilik IO. Aku bagitau IO tersebut, kasitau DPP untuk buka kes itu dan dakwa aku, aku teringin nak dengar penjelasan “pakar” daripada MCMC itu. Biar kami grill dia sampai hangus.
Tetapi selepas itu, DPP mengarahkan kes fitnah tersebut di-NFA-kan. “Pakar” MCMC takut ke? Nasiblah IO tak share report bangang MCMC tu. Kalau IO tu share dekat aku memang mamposlah MCMC aku bahan sampai hari ini.
Dalam masa yang sama timbalan menteri MCMC ketika itu pun ada mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai seorang mahasiswi di Sabah yang terpaksa memanjat gunung untuk mendapatkan capaian internet.
Menterinya pula, broker yang mempertahankan bekas pengarah syarikat lembu kondo, NFC, kononnya anak muda dan wanita yang berjaya untuk menjadi pengarah MDEC dengan alasan dia alumni Cambridge dan Harvard.
Disebabkan dari atas sampai bawah pengalaman aku dengan MCMC sangat menghina akal. Aku telah buat laporan polis untuk menafikan kaitan aku dengan web tersebut. Apalah bodoh aku sengaja nak tinggalkan jejak kalau web itu milik aku. Baik aku diam-diam buat duit.
Kalau web itu milik aku, tak perlu aku buat laporan polis. Aku buang jela jejak-jejak tersebut kalau aku yang ada control. Kenapa pemilik web tersebut meninggalkan jejak kepada aku, SCRUT dan kawan-kawan aku? Pastilah dia telah merencana menggunakan kebodohan MCMC untuk mengenakan aku barangkali.
Aku memang suka data, tapi aku takda data haram tu. Aku menggunakan bot-bot yang crawl mencari informasi dan menggunakan data halal yang dijual oleh vendor-vendor yang telah dibenarkan kerajaan seperti SSM yang kau boleh dapatkan di Interepo (www.interepo.com).
Kalau adalah selepas ini, ada orang terjumpa jejak yang mengarahkan kepada aku dan SCRUT. Aku sudah jawab awal lagi. Aku takda kena mengena dengan penjualan data kerajaan dan web tersebut.
Sekian, jangan jadi lebai daiyus! Jangan dera OKU! Jangan maki suami lebai! Kesemua perbuatan tersebut adalah haram!
Aliff Ahmad
co-Founder SCRUT
#JUSTICEforBELLA
ps : Buat mereka yang try nak kenakan aku tu, korang semua tak cukup cerdik. Korang dah alert-kan aku untuk memburu korang. I know what you did last summer!